Monday, October 7, 2013

Berdoalah, minta dipermudahkan.

Keep on praying :)

Di saat ditimpa pelbagai ujian, diri menjadi bingung memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Doa, merupakan salah satu cara untuk menghadapi ujian hidup. Berdoa ketika ditimpa sesuatu ujian bukanlah bermakna seseorang itu lemah, bahkan ia merupakan senjata dan kekuatan bagi orang beriman.

Jika kita menghadapi kesusahan, maka angkatlah tangan dan pohonkan kemudahan kepada-Nya. Sekiranya kita selalu berusaha mendekatkan diri kepada-Nya, maka pada saat kita mengangkat tangan berdoa, 'kesusahan' akan lari dan gementar ketakutan. Pada akhirnya ia akan dikalahkan dan tempatnya akan digantikan dengan kemudahan. Biznillah. =)

Ada satu nasihat yang indah berkenaan dengan hal ini. Nasihat ini mengingatkan saya bahawa jika ada masalah yang menimpa diri, usahlah berkata, "Wahai Tuhan, aku mempunyai masalah yang besar." Sebaliknya katakanlah, "Wahai masalah, aku punya Tuhan yang Maha Besar."

Ketika seorang yang beriman berdoa kepada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu keyakinan bahawa sebesar mana pun kesusahan yang dihadapinya, maka kesusahan dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Dengan begitu kesusahan akan dapat diatasi pada akhirnya.

Saya beberapa kali menghadapi kesusahan yang besar. Kadang-kadang kesusahan itu terasa amat berat sekali dan bagaikan tidak boleh untuk dihadapi dan diselesaikan. Keadaannya hampir menimbulkan putus asa dalam diri. Tidak nampak langsung jalan keluar di hadapan. Semua jalan seolah-olah buntu. Tetapi saya selalu ingat bahawa Allah tidak akan memberi beban melebihi apa yang boleh ditanggung oleh seseorang.

Sewaktu menghadapi masalah begitu, saya akan memperbanyakkan membaca dan mentadabbur ayat terakhir surah al-Baqarah. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa Allah memberi ujian atau kesusahan bersesuaian dengan tahap kemampuan kita. Selain itu, pada ayat tersebut terkandung sebuah doa agar kita dijauhkan daripada beban yang terlalu berat.



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah al-Baqarah : 286)

Selain doa yang terdapat pada ayat di atas, banyak doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. untuk menghilangkan kesusahan, sama ada doa yang bersifat umum mahupun khusus. Membaca doa-doa itu akan menjadikan bebanan yang kita rasakan berkurangan dan dikabulkan doa yang akan membantu kita dalam menyelesaikan kesusahan yang dihadapi. Berikut adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita :


Mafhumnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.
(Riwayat Ibn Hibban)

Jika kita adukan kesusahan yang kita alami kepada manusia, belum tentu dia boleh menolong kita. Tetapi jika kita meminta pertolongan kepada Yang Maha Kuasa, maka inshaaAllah kita akan dibantu dengan cara terbaik menurut hikmah-Nya.

Jadi, sudahkah kita berdoa kepada-Nya dengan sungguh-sungguh? Tepuk dada, tanya iman. =)

Nota hati :
#Bersihkan dan dekatkan diri kita kepada Tuhan, agar doa kita tidak terhalang daripada-Nya.
#Jangan remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat. Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah-tengah kebuntuan upaya manusia.
#Minggu ni (khamis-sabtu), join kursus kayak bersama classmates tersayang. Moga Allah permudah. Allahumma amin~

Saturday, October 5, 2013

Zulhijjah tiba lagi! ^_^

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menemui Zulhijjah buat kesekian kalinya.

Ayuh, mari rebut peluang dengan menggandakan amal dan menebus dosa dan kesilapan lalu kita.

It's Zulhijjah, and let's revive our spirit and soul! =)

Selamat mengimarahkan bulan Zulhijjah :)

Panduan tarikh penting untuk muslimin muslimat :

Maghrib 5 okt 2013 sabtu malam ahad = 1 Zulhijjah 1434Hijrah

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 Zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk maghrib 14 Zulhijjah tamat)

Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha
Solat Raya
Bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.


Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُور
.فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

c/p from fb Imam Muda Hassan :)

Tuesday, October 1, 2013

B.R.O.T.H.E.R

"Your brother is always the first male friend you will have in your life. Nobody will ever be able to understand your craziness like your brother and although you don't see each other as much as you'd like, he will always remain your friend and be there for you when you need him the most. While people will come and go in your life, your brother will be in your heart for a lifetime." -Rita Ghatourey

1 October 2013 ; my big bro already 23 today. Happy birthday abang 'comel'!^^ May Allah bless your ages, strengthen your faith, accept your du'a and grant you with health and wealth. 23 tahun sudaaa so cepat-cepat la kawen. Tak payah adik tunggu lama-lama. Heee~ ^_~

Dari kiri : Wafi, Naim, Ilman, Aqil, Faris (birthday boy), Mirza dan Dinie. They're my beloved brothers. =) 

A beautiful reminder from my brother via sms :

Pesan pada diri,
jangan tersalah memberi hati,
pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak mengerti,
kerana, sekali kau memberi selamanya dia dihati..

Pesan lagi pada diri,
hati-hati lah dalam memberi hati,
kerana ia hanyalah untuk insan yang tahu menghargai,
betapa tingginya nilai sekeping HATI.. =)


*InshaaAllah akan cuba jaga hati dengan baik. Thanks bro for being such a great brother to me! Saranghaeyo :-* 

#Esok 2 Oktober, bermulalah exam PMR. Bittaufiq wannajah to all Maahadians especially my little bro, Muhammad Mirza Aiman. Semoga Allah permudahkan untuk jawab exam esok dan paper2 seterusnya. Kakak kirim doa dari jauh. Nanti kalau dapat 9A boleh la tuntut hadiah. ^_^