Sunday, December 8, 2013

Aktiviti hujung minggu

Bismillah.

Assalamualaikum. Kaifa halukum? Moga semua baik2 saja. Hurm, tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tapi bila dah xde kerja nak dibuat, blog la menjadi tempat untuk mengisi masa lapang. Story-mory sikit tentang apa yang dilakukan waktu cuti. Okay, untuk entri kali ni nak bercerita tentang aktiviti saya masa hujung minggu.

Sabtu 7/12/2013

Waktu pagi dihabiskan bersama baby Hayden di rumah. Setiap hari sabtu mama baby kerja half-day, jadi tengahari baru balik. Papa baby pulak outstation ke Vietnam minggu ni. Papa baby pergi sana 5 hari (selasa-sabtu). Sepanjang papa xde, baby tiap2 malam tidur awal. Baby sedih sangat sebab xde orang bawak keluar jalan2. Huuu~

Muka sedih lepas cakap tefon ngn papa.
Baby stress sebab dengar suara je, cari2 papa xde. huu

Okay sambung balik cerita. Lebih kurang pukul 2 petang mama baby sampai rumah. Dan yang seronok bila buka pintu adik saya yang belajar di Usim pon ada sama. Dia datang naik LRT. Terharu walaupun tengah busy dengan esaimen yang bertimbun-timbun adik datang jugak teman kakak. Thank you my dear! ^^

Tengah khusyu' duk tengok tv ngn baby, tetiba dengar orang buka pintu. Intai2 rupanya papa baby dah balik. Waktu tu +- pukul 3.30 petang. Papa baby balik naik teksi, kalau kami jemput nanti tak boleh claim. Heee ^_~ 

Sampai je rumah papa terus bawak baby keluar pergi mesyuarat taman perumahan. Mama baby dah pergi awal lagi. Tinggal la saya dan adik di rumah. Kami borak2 kejap, then dua2 tertido. Sedar2 mama baby datang kejut. Bila bangun nak tergelak pon ada, macam mana la boleh tertido. =D

Muka kepenatan. 

Malam --> Memandangkan papa baby baru balik dari outstation, jadi malam tu dia ajak kami makan kat luar. Lepas solat isya’ kami keluar ke IOI Mall. Sampai sana kami decide untuk makan di Nando’s. Menu utama kedai ni adalah ayam, tengok logo kedai pon dah boleh agak. =D Saya order grilled chicken burger + air sprite-lemonade je. Then mama baby tambah order ¼ grilled chicken untuk saya dan adik. Errr, memang kenyang makan malam tu. Nak jalan pon rasa dah tak larat. Huuu~

Makanan kat sini mahal. Boleh datang bila orang belanja je. ^_~

Bila dah siap makan kami jalan2 sekitar mall. Baby excited sangat setiap kali datang mall. Mungkin sebab kawasannya yg luas, jadi senang baby nak jalan. Plus baby memang suka tengok orang ramai. Bila jumpa orang je mesti dia senyum. Comel sangat! :’)

Senyummu menawan.. menawan..
Membuat hatiku tertawan.. ^^

Tengah jalan2 sambil main kejar2 ngn Hayden, then mama baby ajak kami ke Jusco. Ada sales katanya. Saya dan adik follow je. ^^ Sampai je Jusco mama baby suruh saya dan adik tengok2 kalau ada apa2 yang berkenan di hati. Mulanya saya dan adik fikir nak beli baju, tapi tak jumpa yang sesuai. Sebab mostly baju kat situ tak patuh syariah. Susah sangat nak jumpa baju muslimah kat mall. Huk3~

Last2, sebab dah tak tahu nak beli apa kami end up beli kasut. Again! Kalau minggu sebelumnya di Sunway Pyramid saya beli kasut untuk pakai bila keluar jalan2, kali ni saya beli kasut untuk pergi kuliah pula. Suka sangat beli kasut sebab kat sini banyak pilihan + ada macam2 jenama. Selalu kalau di Kelantan susah nak jumpa kasut yang betul2 berkenan, kalau jumpa pon bila tanya dah xde saiz. Nak buat macam mana bila kaki ‘cute’ sangat, boleh pakai saiz paling kecik je. Huuu~

Penat main kejar2 ngn budak tecik sorang ni.

Bila kami keluar je dari Jusco, tengok2 kawasan sekitar mall dah gelap. Kedai2 lain dah banyak yang tutup. Sepantas kilat saya tengok jam. Rupanya dah hampir pukul 11 malam, then tetiba senyum sorang2. Nak tergelak, orang dah nak tutup kedai kami baru nak balik. Sunway pyramid sebelum ni macam tu jugak. Heee~ =D

Mall yang paling dekat dengan rumah. :')
Credit : Google image. ^_~

Ahad 8/12/2013

Pagi --> Kami keluar breakfast di Hainan tea. Kali ni saya order mee tomyam + cold cocoa drink. Bila duk KL, dah jarang makan nasi time breakfast. Xde selera. Kalau kat rumah boleh dikatakan tiap2 pagi makan nasi. Rindu nak makan nasi kerabu ayam bakar. Wuwuu :(

Merenung ke luar jendela.. Masa otw balik.. :')

Habis makan kami terus balik rumah. Sampai rumah saya dan adik je yang turun, sebab mama papa n baby nak balik kampung di Rawang. Bila dah kunci pintu rumah, saya dan adik terus masuk bilik. Kami bukak laptop n online! Adik busy buat esaimen, kakak busy chatting. =D Ada la jugak tolong adik cari maklumat sikit2. Penghargaan sebab datang teman akak minggu ni. Heee~

Makanan tengahari kami. =D 

Petang --> Buat kerja rumah sikit ; angkat kain, lipat baju + kemas2 apa yg patut. Lepas isya’ mama papa n baby sampai, then kami terus ke Cheras. Hantar adik saya balik. Rumah adik tak jauh sangat, dalam setengah jam perjalanan dah sampai. ^^ Lepas hantar adik, kami terus balik rumah. Kesian baby dah tertido. Penat sangat seharian jalan2. :') Alhamdulillah pukul 10.30 kami selamat sampai rumah. Semua masuk bilik n Zzzzz~ -_-

Pejam celik pejam celik dah 3 minggu jadi babysitter. Bermakna lagi 3 minggu dah boleh balik rumah. Duk sini kerja bilang hari je. Bukan tak best duk sini, tapi dah rindu sangat nak jumpa family. Huuu~ Sabar2 kak long, tak lama dah. :’)

Oppss panjang pulak menaip, kalau dah mula bercerita memang susah nak berhenti. Heee =D Pengalaman jadi babysitter inshaaAllah akan diceritakan nanti bila dah balik rumah. :') Okay la setakat ini sahaja, till next entry. Wassalam.

Merasai diri lebih baik dari orang lain adalah petanda bagi penyakit hati. Pandanglah dengan pandangan yang baik walaupun kepada pelaku maksiat, mungkin suatu hari nanti dia bertaubat dan kedudukan dia lebih mulia di sisi Allah. "Hate the sin not the sinner." :')

Thursday, December 5, 2013

Qadha', Qadar dan Tawakkal

-Bismillahirrahmanirrahim-

Sambungan entri sebelum ni ; nota PIM 3112

***

[Qadha' dan Qadar]

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.”
(Surah at-Taubah ayat 51)

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(Surah al-Qamar ayat 49)

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi SAW bersabda : “Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qadha’ dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya.” 
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pengertian Qadha’

Bahasa : Hukum.

Istilah : Ketentuan atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atas makhluknya sejak azali lagi.

Pembahagian Qadha’

  • Qadha’ Mubram > Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu pun. Contoh ajal maut. 

Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.”
(Surah al-An'am ayat 59)

  • Qadha’ Muallaq > Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contoh panjang umur ; bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain. 

Pengertian Qadar

Bahasa : Pelaksanaan.

Istilah : Pelaksanaan ke atas setiap ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Hidup manusia diatur sejak di alam rahim

Dari Anas, dari Nabi Muhamad sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah malaikat mendapat jawapannya) maka dia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Takdir boleh berubah

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.”
(Riwayat at-Tirmizi)

Contoh situasi salah faham tentang qadha’ dan qadar


“Sudah takdir saya dilahirkan sebagai pencuri.” 

“Nak buat macam mana? Sudah nasib aku tidak mendapat kerja. Terima sajalah...” 

Situasi di atas termasuk dalam kategori qadha’ muallaq iaitu ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.

Sesuatu qadha’ yang ada pilihan, sama ada baik atau buruknya pilihan itu, adalah qada’ Allah dan qadar (buruk atau baik) cuma akan berlaku setelah pilihan itu dibuat oleh si pembuat pilihan. Seseorang itu tidak boleh menyalahkan qadar (takdir) buruk yang ditentukan oleh usaha dan pilihannya sendiri.

Kematian

Mati itu akan dirasai oleh semua yang bernyawa. Tetapi bagaimana kesudahan hidup kita adalah bergantung kepada amalan dan usaha kita.

Sebab itu kita disuruh berdoa, “Ya Allah, matikanlah kami di dalam keadaan husnul khatimah (sebaik-baik kesudahan) dan janganlah Kau matikan kami di dalam keadaan su’ul khatimah (kesudahan yang tidak baik).”

Mati itu adalah qadha’ dan bagaimana kesudahan hidup kita itu adalah qadar (takdir).

Menghadapi qadha’ dan qadar


• Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhluk-Nya.

• Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita.

Keperluan beriman kepada qadha’ dan qadar


• Menisbahkan kepada Allah atas segala yang berlaku di dunia ini.

• Beriman bahawa hanya Allah memiliki kuasa mutlak menentukan urusan dunia.

• Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlukan bantuan Allah.

• Supaya seseorang itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya

[Tawakkal]

Tawakkal bermaksud bersikap berserah diri kepada Allah s.w.t. dengan menyedari Allah adalah pencipta dan pentadbir bagi alam ini. Tidak ada daya dan kuasa melainkan miliknya yang mutlak.

Menurut Yusuf al Qardhawi : "Tawakkal ialah seorang manusia yang menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha, kemudian dia menyerahkan hasilnya kepada Allah s.w.t."

"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan yang hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya".
(Surah al-Furqan : 58)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".
(Surah at Taubah : 51)

***

Ok la setakat ini sahaja nota yang dapat saya kongsikan. Ringkas dan padat. Kalau nak penjelasan lebih lanjut boleh la rujuk buku2 di perpustakaan atau sumber2 lain yang boleh dipercayai. :')

Akhir kalam,

"Jangan biarkan setiap hari berlalu tanpa membaca atau mendengar ilmu baru. Ilmu itu penyuluh, tiket untuk kejayaan dunia dan akhirat." 

Semoga diri ini tidak pernah jemu dalam misi memperlengkapkan diri dengan ilmu. InshaaAllah. 

Keys off, wslm 'alaik~

Wednesday, December 4, 2013

Af'alullah dan Af'alul 'Ibad

-Bismillahirrahmanirrahim-

Assalamualaikum.
Kaifa halukum?
Diharapkan semua baik2 saja. Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit nota PIM 3112, Pengajian Aqidah yang dipelajari pada semester yang lalu. Dah habis sem baru nak kongsi? Sebenarnya dah lama ingin berkongsi, tapi sekarang baru berpeluang untuk taip semula apa yang dipelajari. Gaya macam busy sangat je. Huuu~ Tapi xpe la kan, better late than never omputih cakap. ^_~ Semoga nota ini bermanfaat untuk adik2 junior dan kepada yang membacanya. :') 

***

[Af'alullah]

Definisi

• Setiap kejadian yang berlaku di alam ini berdasarkan dengan kehendak dan iradat Allah Taala.

• Setiap manusia wajib beriman dan redha dengan segala ketetapan dan pelaksanaan Allah terhadap hambaNya. Kerana kuasa Allah adalah mutlak. Manusia juga wajib yakin dan percaya Allah melaksanakan segala-galanya dengan kuasa, ilmu, kehendak dan segala sifat kesempurnaanNya dan bukan secara sia-sia.

Contoh

• Kejadian siang dan malam

• Bencana alam

• Pasang surut lautan

Dalil

"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main." (Surah al-anbiya’ : 16)

Kekeliruan memahami konsep af’alullah

Zaman Rasulullah hingga zaman ulama’ khalaf

Umat Islam beriman pada qadha’ dan qadar tanpa ada persoalan. Mereka menerima Islam dengan hati yang ikhlas.

Apabila empayar islam berkembang

Berlaku perbahasan falsafah dan budaya lalu menimbulkan kekeliruan terhadap konsep af’alullah.

Antaranya mengenai pergerakan makhluk atau manusia. Adakah setiap gerakan tersebut atau kemahuan untuk melakukan sesuatu dikira sebagai perbuatan yang dijadikan Allah atau lahir daripada kudrat dan kekuasaan manusia itu sendiri?

Pendapat Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Allah memberi kuasa memilih kepada manusia berdasarkan kepada akal dan wahyu dalam melakukan sesuatu perkara atau perbuatan.

Namun, berlakunya sesuatu perkara atau perbuatan itu adalah dengan izin Allah.

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam." (Surah at-takwir : 29)

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai pilihan dan kehendak mereka sendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan perbuatan yang dijadikan oleh Allah.

Sekiranya Allah tidak menghendaki perkara itu terjadi, ia tidak akan terjadi dan itulah ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah.

[Af'alul ‘Ibad]

Definisi

Setiap perbuatan dan tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri.

Contoh

• Makan

• Minum

• Melayari facebook

Bahagian af’alul ‘ibad

• Ikhtiari : Sesuatu yang berlaku atas kemahuan dan kehendak manusia itu sendiri seperti beribadah, makan, tidur.

• Ijbari : Sesuatu yang berlaku bukan atas kehendak dan kemahuan manusia itu sendiri seperti bersin, cacat anggota, warna kulit.

Pendapat berkenaan af’alul ‘ibad

• Ahli Sunnah Wal Jama’ah : Allah swt menjadikan kudrat dan iradat kepada manusia, dan mereka diberi kuasa memilih untuk melakukan perkara tersebut dengan izin Allah swt.

• Qadariah : Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu perbuatan tanpa ada sebarang hubungan dengan Allah.

• Mu’tazilah : Manusia berkuasa penuh melakukan sebarang perbuatan dengan kudrat dan iradat yang diberikan oleh Allah swt.

• Jabariah : Semua perbuatan adalah dengan kehendak Allah swt semata-mata. Manusia tiada kuasa langsung dalam sesuatu perbuatan.

***

Oppss panjang sangat dah ni. InshaaAllah, nota akan disambung pada entri seterusnya. Keep on reading! :')

 Mantap aqidah, kukuh agama. :')