Tuesday, January 14, 2014

Dia Kekasih Allah

Salam Maulidur Rasul 1435H. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. 


Pasakkan rasa cinta dan rindu.

Setiap yang ada padanya sudah sempurna, indah perawakannya, perwatakannya, akhlak al-Quran nya.
Definisi manusia sempurna itu ada pada yang namanya Muhammad bin Abdullah.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” 
(Surah Al-Ahzab ayat 21)

Kalau ikut prioriti, sebenarnya #hati #cinta #kasih sayang #jiwa dan raga kita kena letak pada seorang lelaki yang mulia ini, yang tidak pernah kita bertentang mata dengan baginda, melebihi kasihnya kita kepada apa-apa sekalipun dalam dunia dan semesta ini, selepas Allah.

Yang disebut dan diberi namanya cinta, datang bersama bukti barulah solid namanya cinta. Untuk punya rasa mahabbah berterusan kepada baginda, ia perlu sentiasa dipupuk.

Semai dalam diri, kasihkan Rasulullah s.a.w. Kehidupan kita yang sibuk berkejar sana sini, kadang susah untuk kita mengambil masa, untuk mendalami dan menghayati kisah Rasulullah s.a.w.

Kita perlu 'bantuan', nak pupuk sendiri, mungkin agak payah. Jadi lazimi lah majlis ilmu di mana orang soleh berbicara tentang Rasulullah s.a.w, lazimi lah mendengar ceramah-ceramah tentang Rasululullah s.a.w dan lazimi lah suara yang memuji baginda, sebagai wasilah untuk kita tuju kepada sunnah baginda. Dan lazimi lah amalan-amalan baginda. Lazimi lah akhlak-akhlak baginda.

Cinta dan rindukan lah baginda. Jalani lah hidup sebagaimana ajaran baginda. Menjadi mukmin yang kuat itu sunnah, bekerja keras itu sunnah, membantu orang lain, berbakti, sebarkan kasih sayang, itu juga sunnah. Hidup produktif itu juga sunnah.

"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang jika kamu berpegang dengannya, nescaya kamu tidak akan pernah sesat. Kedua-duanya adalah : Kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku." -Nabi Muhammad s.a.w.

Hayatilah sosok peribadi mulia Muhammad s.a.w, manusia hebat, pembawa rahmat. Cinta itu berterusan, bukan pada ulangtahun kelahirannya cuma, tapi setiap saat. Moga sampai kepada kasih yang Maha Mencipta juga. InshaaAllah~ #Pesanan buat diri yang sering alpa. 


Syafaatkan kami, Ya Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Moga ada jodoh kita, bertemu seorang Rasul dengan ummatnya, meski aku hina. T_T


Nota Hati :
#Alhamdulillah, malam ini diizinkanNya untuk menghadiri majlis ilmu yang membicarakan tentang Rasulullah s.a.w. Moga lebih bersemangat untuk hafal al-Quran. Kerana sesungguhnya Rasulullah sangat mencintai ummatnya yang mempelajari dan beramal dengan al-Quran. Robbi yassir wala tu'assir. Amin~

No comments:

Post a Comment