Saturday, February 1, 2014

-Hangout with TK United- ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum. Ehem2, berblog lagi? Heee. ^_~ Sekadar mengisi masa lapang. Anyway, hari ni dah masuk bulan Februari. Jadi untuk entri kali ni saya nak kongsi cerita pasal cuti hujung minggu bersama geng2 TK United + classmate tersayang Puan Noraini. :')

Jumaat (31/1/14)


Happy Chinese New Year to those who celebrate it especially to my lovely cousin Kak chik & Abe chik and their little boy Hayden Mirza Ong.

Hayden Mirza di pagi raya. =D

Memandangkan hari ini merupakan cuti umum sempena CNY, jadi ramai la kawan2 @ jiran tetangga sy yg belajar di luar negeri pulang bercuti di rumah masing2. Jadi setelah berbincang di grup fb, kami decide utk adakan reunion. Rancangan awal kami nak main bowling sama2 di KB Mall. Tup2 bila sampai tmpt bowling tengok2 lane dah fully-booked. Ada syarikat mana entah yg buat tournament. Waktu ni jgk la dia nak buat pertandingan. Haish~

Bila dah tak tau nak buat apa, kami jalan ramai2 keliling mall. Ada yg ke butik F.O.S, ada yg ke S.M.O beli alat tulis dan saya pulak jadi peneman setia Puan Noraini teman dia pilih jam tangan. Setiap kali CNY memang akan ada sale. Kebetulan elaun baru je masuk, boleh la beli jam yg mahal sikit. Sesuai dengan status "Puan". Heee~

Macam2 gaya. ^_^

Pukul 10 malam kami semua berkumpul di Food Court. Amik gmbr ramai2, pastu bincang nak makan kat mana. Memandangkan dah lewat jadi kami semua sepakat utk makan di KFC Stadium (dibuka 24 jam). Nampak sangat nak balik rumah lewat. Huuu~ 

Tak makan pon kat sini, tumpang bergambar je. Heee =D

Pukul 10.30 malam, kami sampai di KFC. Bukan senang nak cukupkan 22 org. Masa nak order makanan mcm2 gaya, sampaikan akak2 cashier asyik gelak je tengok gelagat2 kami. Happening sgt. :D Saya pulak dah macam cikgu pengiring yg bwk murid2 kuar makan. Bila pakai handbag nampak la gaya cikgu. Geng2 TK United pulak duk mengusik panggil saya datin. Sabo je la dgn budak2 ni. >.<

Masa makan kami sembang2 dan kongsi2 cerita. Maklumlah dah lama sangat tak kumpul ramai2. Aktiviti wajib setiap kali reunion ; click2! amik gmbr byk2. Heee ^_~ Antara gmbr2 yg sempat di ‘snap’.

TK United. 23-1 = 22 Orang.
Hafiz je yg xde dlm gmbr sbb tak balik. Huu

Selfie. >.<

Gwiyomi. ^_~


Sabtu (1/2/14)

Pagi kami santai2 je di rumah. Penat reunion semalam tak hilang lg. Huuu~ Tengahari saya bwk Aini dan adik ke Bazar Tok Guru. Kami beli tudung, kain pasang dan jubah. Aini siap beli baju untuk raya dah. Memang shopping sakan la. Dah selesai shopping di bazar kami terus ke kedai emas, cuci2 mata tengok barang kemas.

Tujuan pergi situ sebenarnya sebab Aini nak beli gelang guna duit mas kahwin yg dia dapat. Saya tolong teman dan pilihkan je. Rambang mata bila tengok banyak sgt pilihan. Last2 kami cakap je bajet berapa, then tuan kedai suggest gelang mana yg sesuai.

Kebetulan tuan kedai emas tu kawan ummi saya, jadi masa nak bayar kami dapat harga istimewa. Heee. :') InshaaAllah lain kali datang lagi. Beli barang untuk diri sendiri pulak. *Berangan tak habis2. Huk3

Taraaa. Gelang ni la yg jadi pilihan hati. Cantik tak? ;)

Dah siap beli gelang kami terus balik rumah, rehatkan diri sekejap. :’) Lepas dah solat Asar n minum petang kami keluar ke Pantai Cahaya Bulan. Masa otw nak ke PCB, mak aiii punya la berderet2 kereta, dan kebanyakannya no plate negeri luar. Jalan jem sangat petang tu, rasa macam kereta tak bergerak langsung. Huk3~

Kami sampai kat pantai lewat sangat, lebih kurang pukul 7. Mujurlah kami dah makan sebelum gerak dari rumah. Kira datang pantai nak tengok pemandangan je la. Memandangkan hari pon dah gelap kami jalan2 kejap je sekitar pantai, pastu terus balik. 

Masa kat pantai sempat la jgk bergambar kenangan dengan geng2 TK United. Tapi kali ni separuh je yg ada, yg lain balik kampung. 



Kalau ikutkan dah penat seharian jalan2, tapi sebab semangat sangat nak cari baju melayu utk ‘encik suami’ sahabat tersayang keluar la jgk malam tu. Kali ni shopping di Wakaf Che Yeh pula. OKB sungguh! Pagi petang siang malam shopping. =D

Alhamdulillah selepas hampir setengah jam mencari, akhirnya kami jumpa kedai yg jual baju melayu yg dah siap. Harga pon memang sangat berbaloi. Rasa seronok bila dapat teman sahabat pilih baju untuk suami dan hadiah untuk mertua. Belajar untuk persediaan masa depan. ^_^ Yang lagi seronok bila abah ikut sekali keluar shopping malam ni. Jadi peneman dan pengkritik setia sebelum beli apa2. Thanks a lot dad! Sayang abah. :-*


Ahad (2/2/14)

Pagi2 lagi dah siap kemas barang nak balik IPG. Banyak sangat barang yg dibeli sebab tu kemas awal2. Bila dah siap kemas, terus letak dalam kereta. Bukan semangat nak balik IPG, tapi takut ada barang yg tertinggal. Heee~

Lunch hour – Saya, Aini dan family keluar makan di Restoran Cikgu Nasi Ulam, Pengkalan Chepa. Tujuan keluar makan sebab nak celebrate birthday adik2 yg lahir bulan Januari + family gathering sebab abang yg mengajar di Sarawak balik. Hehe :’) Alhamdulillah semua ada kecuali abang yg belajar di Mesir. InshaaAllah tahun depan semua ada. Heee~



Sebagai penutup nak wish hello February, bye2 January! Moga hari mendatang lebih indah dan diredhaiNya. Amin~ :')

Keys off, wslm 'alaik~


"Family isn’t always blood. It’s the people in your life who want you in theirs ; the ones who accept you for who you are. The ones who would do anything to see you smile and who love you no matter what."

No comments:

Post a Comment