Friday, January 24, 2014

Berhujung minggu bersama family :')

Bismillah.

Assalamualaikum. Salam Jumaat, sayyidul ayyam yang penuh barokah. :') Alhamdulillah diizinkanNya lagi untuk pulang bercuti di rumah. Rekod cemerlang lagi setakat ni, 4 minggu berturut-turut balik rumah. Heee =D Tapi semalam saya balik sorang je naik bas. Kawan2 yg lain tak balik sebab nak buat persiapan untuk praktikum. Ada yg pergi bersih rumah sewa dan ada yang dah mula angkut barang. Alhamdulillah semester ni praktikum dapat sekolah dekat, 20 minit++ dari IPG. Jadi, dah tak perlu sewa rumah dan angkut2 barang macam sem2 sebelumnya. Heee. ^_~

Semalam lebih kurang kul 8 selamat tiba di teratak tercinta. Abah yg datang amik kt stesen bas. Lepas drop saya, abah dan adik2 yang lain terus ke Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian ada kuliah Ustaz Azhar Idrus. Tinggal la saya, ummi, dan adik kembar. Bila masuk rumah terus cium tangan ummi, then kami borak2 kejap.

"Kenapa kakak balik dengan bas? Kawan yg kakak tumpang hari tu tak balik ke?"

"Tak ummi. Kawan kakak tu sibuk. Banyak sangat jawatan dia pegang. Haaa, sebut pasal dia baru teringat yang dia ada bagi something untuk ummi."

"Eh...Untuk ummi? Bukan untuk kakak? Dia bagi apa?"

"Surprised!"

Alas meja dari China.

Ummi terlebih excited bila tengok hadiah, siap suruh hampar terus letak kat meja ruang tamu. Hoho.

Jazakallahu khairan kathir kepada yang memberi. Suka tengok muka ummi yang tersangatlah ceria. ^^

Ok tamat cerita pasal borak2 dengan ummi. Sebenarnya banyak lagi yg kami bualkan, tapi cukup la setakat tu je. Taip panjang2 penat pulak orang nak baca. *Kalau ada yg baca la. =D

Cerita hari ini. Pagi2 lagi saya dah bangun. Excited sebab adik yg belajar di Usim dah balik + ada buat kenduri sempena maulud Nabi di rumah. Tugas pertama yg dibuat kemas rumah dan keluarkan pinggan mangkuk yg nak diguna. Then, saya tolong ummi bakar ayam. Menu hari ini nasi kerabu ayam bakar. :')

Sollu'alannabi. :')

Majlis dimulakan dengan selawat dan bacaan doa oleh imam. :') Ramai yang datang rumah hari ini, lebih kurang 200 orang. Alhamdulillah makanan yang kami sediakan cukup. Bagi orang yg tak makan nasi kerabu memang ummi dah sediakan siap2 nasi putih dan lauk tambahan ; gulai ayam + gulai ikan. *Tiap kali balik rumah dapat makan sedap2, macam mana tak homesick? =D

Rasa gembira sangat hari ni sebab dapat jumpa saudara-mara, jiran-jiran dan kawan2 abah dan ummi. Bukan senang nak berkumpul ramai2. Sebab tu la ummi saya suka sangat buat majlis makan2 kat rumah ni. Meriah! ^_^ *Terkilan tak sempat nak snap gambar waktu kenduri tadi. Sibuk di dapur. Huuu~

Selesai majlis, macam biasa sambung tugas cuci pinggan mangkuk, basuh periuk dan kemas2 apa yang patut. Lepas zohor terus masuk bilik n Zzzz.

Bergambar lepas semua tetamu balik. =D

Setakat itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Sekarang nak kena bersiap, kejap lagi nak balik kampung abah. Kenduri maulud di sana pulak. Yeay! Dapat kumpul ramai2 lagi. Heee~ =D

Sedikit pesanan untuk sahabat2 :

Jadikan hari ini sebagai titik tolak untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. Walau sebanyak mana pun dosa-dosa semalam kita, walau sepekat hitam mana pun masa silam kita, jangan sesekali berputus asa dari rahmatNya. 

Teruskan bersemangat dan melangkah untuk melakukan perubahan dalam diri. Ingatlah, Dia sentiasa menyayangi kita semua. :')

 Jumaat mubarokah. Jangan lupa baca al-Kahfi! Sekian, wassalam 'alaik~

Friday, January 17, 2014

Untuk adik...

Adik n kakak sme2 boolat ^_~

Dari kecil kita berpimpin tangan. Saling mendukung dan menguatkan antara satu sama lain. Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar hari ini umur adik sudah menginjak ke angka 20. Sanah helwah ukhti habibtee, Nur Nisrin Nabihah. :’)

I cannot say enough that I really-really love you. Thanks a lot for being there everytime I need you. I wish you a blessed, content and happy year ahead for you.

Semoga Allah sentiasa memayungi dirimu dengan rahmat, hidayah, taufiq, inayah dan maghfirahNya. Semoga diberikan hati yang sentiasa bersyukur dan sabar dengan apa jua ketentuanNya.

Akhirnya, semoga Allah menguatkan ikatan kekeluargaan kita di dalam redha dan rahmatnya hingga kita dapat sama-sama berkumpul lagi di jannahNya kelak. InshaaAllah. ^_^

Sekarang adik dah tinggi drpd kakak. huuu~

#Moga makin matang n cepat kawen. Nak selit jugak. Heee~ =D

Tuesday, January 14, 2014

Dia Kekasih Allah

Salam Maulidur Rasul 1435H. Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad. 


Pasakkan rasa cinta dan rindu.

Setiap yang ada padanya sudah sempurna, indah perawakannya, perwatakannya, akhlak al-Quran nya.
Definisi manusia sempurna itu ada pada yang namanya Muhammad bin Abdullah.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” 
(Surah Al-Ahzab ayat 21)

Kalau ikut prioriti, sebenarnya #hati #cinta #kasih sayang #jiwa dan raga kita kena letak pada seorang lelaki yang mulia ini, yang tidak pernah kita bertentang mata dengan baginda, melebihi kasihnya kita kepada apa-apa sekalipun dalam dunia dan semesta ini, selepas Allah.

Yang disebut dan diberi namanya cinta, datang bersama bukti barulah solid namanya cinta. Untuk punya rasa mahabbah berterusan kepada baginda, ia perlu sentiasa dipupuk.

Semai dalam diri, kasihkan Rasulullah s.a.w. Kehidupan kita yang sibuk berkejar sana sini, kadang susah untuk kita mengambil masa, untuk mendalami dan menghayati kisah Rasulullah s.a.w.

Kita perlu 'bantuan', nak pupuk sendiri, mungkin agak payah. Jadi lazimi lah majlis ilmu di mana orang soleh berbicara tentang Rasulullah s.a.w, lazimi lah mendengar ceramah-ceramah tentang Rasululullah s.a.w dan lazimi lah suara yang memuji baginda, sebagai wasilah untuk kita tuju kepada sunnah baginda. Dan lazimi lah amalan-amalan baginda. Lazimi lah akhlak-akhlak baginda.

Cinta dan rindukan lah baginda. Jalani lah hidup sebagaimana ajaran baginda. Menjadi mukmin yang kuat itu sunnah, bekerja keras itu sunnah, membantu orang lain, berbakti, sebarkan kasih sayang, itu juga sunnah. Hidup produktif itu juga sunnah.

"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang jika kamu berpegang dengannya, nescaya kamu tidak akan pernah sesat. Kedua-duanya adalah : Kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku." -Nabi Muhammad s.a.w.

Hayatilah sosok peribadi mulia Muhammad s.a.w, manusia hebat, pembawa rahmat. Cinta itu berterusan, bukan pada ulangtahun kelahirannya cuma, tapi setiap saat. Moga sampai kepada kasih yang Maha Mencipta juga. InshaaAllah~ #Pesanan buat diri yang sering alpa. 


Syafaatkan kami, Ya Muhammad, Rasulullah s.a.w.
Moga ada jodoh kita, bertemu seorang Rasul dengan ummatnya, meski aku hina. T_T


Nota Hati :
#Alhamdulillah, malam ini diizinkanNya untuk menghadiri majlis ilmu yang membicarakan tentang Rasulullah s.a.w. Moga lebih bersemangat untuk hafal al-Quran. Kerana sesungguhnya Rasulullah sangat mencintai ummatnya yang mempelajari dan beramal dengan al-Quran. Robbi yassir wala tu'assir. Amin~

Sunday, January 12, 2014

Kelembutan vs Kekerasan

Bismillah.

Wahai sahabat, tidak perlu meninggikan suara untuk meluah apa dirasa, kerana lantang itu bukannya bermakna katamu menjadi lebih benar. 

“Selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah tewas dengan kekerasan”

Frasa di atas adalah rangkuman dari Akhlak Rasulullah SAW atau Sunnah Nabi yang mahukan umatnya bersikap lemah lembut dalam kebanyakan perkara. 

Suatu ketika Ummul mukminin 'Aisyah pernah diajari oleh Nabi SAW :

“Wahai ‘Aisyah, sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan. Allah memberikan pada kelembutan apa yang tidak Dia berikan pada kekerasan dan apa yang tidak Dia berikan pada yang lainnya.” (HR. Muslim no. 2593) 

Ulamak menjelaskan juga maknanya :

“Dengan kelembutan itu seseorang akan meraih berbagai tujuan dan mudah mencapai apa yang diharapkan, yang mana tidak dapat diraih dengan sikap selainnya.” 
(Syarah Shahih Muslim, 16/144) 

Ummul mukminin 'Aisyah mengisahkan bahawa Nabi SAW memerintahkan kepadanya :

“Hendaklah engkau bersikap lembut. Kerana tidaklah kelembutan itu ada pada sesuatu, kecuali pasti memperindahnya. Dan tidaklah kelembutan itu tercabut dari sesuatu, kecuali pasti memperburukkannya.”
(HR. Muslim no. 2594) 

Maksudnya : “Hendaklah engkau bersikap lembut dengan berlemah lembut kepada siapa pun di sekitarmu, sederhana dalam segala sesuatu dan menghukum dengan bentuk yang paling ringan dan paling baik.” 
(Faidhul Qadir, 4/334)

Selamat beramal! :')

#Yok sama2 contohi akhlak mulia junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Semoga dengannya bertambah kecintaan Allah kepada kita. Amin~

Saturday, January 11, 2014

Permulaan 2014

Bismillah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk berkongsi tinta di blog ini. Coretan pertama untuk tahun 2014. :’) Ok kali ni nak cerita serba sedikit tentang aktiviti sepanjang tahun baru yg dah masuk hari ke-11 hari ni.

Semester 7

(2009-2014) Alhamdulillah, sedar tak sedar tahun ni dah msk tahun ke-5 saya bergelar guru pelatih di IPG. Bermakna permusafiran menuntut ilmu di IPG KDRI sudah hampir sampai ke penghujungnya. Terlalu banyak ilmu serta pengalaman suka dan duka yang diperoleh sepanjang lima tahun bermusafir di sini. Semoga dua semester yg masih berbaki dpt ditempuh dengan jayanya. InshaaAllah~

Untuk semester 7 ini, jadual kelas amat padat sehinggakan 4 hari berturut-turut ada kelas malam. =.=’ 1st week kuliah mmg rasa agak penat. Mana taknya masa cuti duk main dgn baby je. Bila dah penat main, baby tido pengasuh join sekali tido kat sebelah. =D Tapi bila datang sini jadual harian dah berubah. Kembali menjadi pelajar yg setiap hari dipenuhi dgn kuliah2, tugasan2 tutorial + kerja2 sbg penolong ketua kelas (jawatan baru utk sem ni). Huuu~

Seperti semester sebelum2nya, tiap kali hujung minggu saya akan balik rumah. Setakat ni rekod cemerlang lagi, dapat balik rumah tiap2 minggu dengan jayanya. Dah jadi "super duper senior" tp still lg homesick. Mmg xleh posting jaoh2 la klu mcm ni. *peace* ^_^ 

2/1/14 - Minggu pertama saya balik bertemankan 2 orang classmates, my BFF Ekin & Wany. :’) Sebelum balik rumah kami singgah makan chicken chop di Selera Cik Siti. *Mengidam sangat nak makan. Nasib la kami tak kawen lg, klu tak mesti org ingt tgh mengandung sbb duk mengidam bagai. =D

Chicken Chop + Air Locong = Marvellous!! :')

Next, aktiviti wajib bila kwn2 mai Klate ofkoz la shopping. Mcm biasa tempat yg dituju adalah Bazar Tok Guru & KB Mall. ;) Kalau ikutkan banyak je lagi tempat lain yg boleh shopping. Tapi mmg 2 tempat ni je yg kami suka pergi, sbb semua benda yg kami nak ada jual kat situ. Tinggal ada duit ke tak je nak beli. Hehe~  ^_~ 

Bila dah penat shopping, petang tu kami ke Taman Tengku Anis. Seronok sangat bila tengok adik kembar happy dapat main di playground. Comel je mereka. :') Sebelum balik kami bergambar kenangan di TTA. Maklumlah skrg dah final year, jadi setiap kali kuar dgn kwn2 mesti nk amik gambar. Heee~ *Thanx to our little photographers, my ‘dedek’ si kembar. =D

Warna-warni persahabatan ^_~

Minggu kedua balik rumah lagi. Heee~ Tapi kali ni balik sebab nak sangat tengok final Pencetus Ummah. Alhamdulillah diizinkan olehNya untuk menonton bersama family tercinta di rumah. Semangat je bila tengok ramai-ramai depan tv. Masing-masing ada pilihan sendiri. Abah sokong PU Shahul, adik2 ada yg sokong PU Rahmat dan ada yg sokong PU Yeop. Tapi diakhirnya pilihan saya dan ummi yg jd juara. Tahniah PU Hafiz!! Memang selayaknya menang tmpt pertama. ^_^

Jumaat 10/1/14, saya dan ahli keluarga yang lain pulang ke kampung di Tumpat untuk majlis cukur jambul anak sepupu. Alhamdulillah bertambah seorang lagi baby girl dalam family Hj Abdullah. Semoga menjadi anak yang solehah baby Airis Nadhira. :') Allahumma faqihha fiddin wa’alimha takwil. Amin~

Dukung anak sepupu je yg mampu buat mse ni.
Anak sendiri xtaw lg bila. huuu

Ok la setakat tu sahaja coretan untuk kali ni. Taip apa yg terlintas je. ^^ Semoga banyak lagi kenangan2 indah yg dpt dilakar untuk tahun 2014 dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang. InshaaAllah~ Ilalliqo’ wama’assalamah. :’)