Monday, October 28, 2013

Tawakkal

Menghayati erti tawakkal yang indah pada hamba yang yakin dan percaya pada Tuhannya.

Pada tawakkal, kita disedarkan bahawa tiadalah daya dan kekuatan melainkan hanya dariNya. 

Usaha kita hanya untuk memenuhi sunnatullah dan membuka jalan untuk menjemput bantuan dari Allah. 

Namun di akhirnya, hanya rahmat dari Allahlah yang akan menentukan natijahnya.

Moga kita tidak menjadi hamba yang hanya berharap padanya di waktu susah dan sempit sahaja.

Allahummaj'alna minal mutawakkilin :')


“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159)

"KepunyaanNyalah segala rahsia langit dan bumi. Dan kepadaNyalah dikembalikan segala perkara. Oleh karena itu pujalah dia dan bertawakallah kepadaNya. Tuhanmu tidak akan alpa terhadap apa yang kamu kerjakan."
(Hud:123)

#Dengan namaMu ya Allah, aku berserah!
Hafazan Al-Quran
29/10/2013
2.00-4.30 ptg
May Allah ease. Ameen~

Friday, October 25, 2013

The Finale!

Assalamualaikum. Rehat sekejap daripada study. Singgah kat blog, buat latihan menaip kat sini. Exercise tangan la kononnya. ^_^  Sekadar entri pendek pembangkit semangat dikala stress menjelang final exam. Huuu~


Menuntut ilmu| menyuruhnya mudah, tetapi untuk melakukannya tersangatlah payah. Kerana itu suruhannya diulang-ulang. 

Ilmu itu adalah hidayah, kerana itu untuk memilikinya perlukan mujahadah dan buktikan kita benar2 ikhlas kerana Allah.

Ingatlah! Susah bukan bererti tiada lorong cerah. Apa jua keadaan Allah mampu mengubah, asalkan si hamba berusaha sehabisnya dan tawakkal penuh berserah. 

Hati yang tak kenal erti putus asa, pasti Allah akan bantu! :')

 *Self-motivated


***

Bersempena dengan musim imtihan nihaie ini, nak ambil kesempatan untuk minta maaf kepada sahabat2 sekiranya ada hak2 yang tidak tertunai, hati2 yang tidak terjaga, kata2 yang mengguris jiwa. Sesungguhnya diri ini hanya insan yang lemah, tidak lari dari melakukan kesilapan. 


Dikesempatan ini juga, nak ucapkan bittaufiq wannajah untuk semua sahabat yang akan menduduki peperiksaan. Semoga Allah memberi kelapangan hati, ketenangan jiwa dan mempermudahkan urusan kita.

Mari tajdid kembali niat belajar kita, bukan semata-mata kerana peperiksaan, tetapi kerana Allah, dan muslim itu memang sifatnya cemerlang dari pelbagai aspek. Peperiksaan hanyalah sebagai salah satu kayu ukur untuk menguji kesediaan dan kesungguhan kita menuntut ilmu. 

Semoga setiap detik kita berjuang menuntut ilmu Allah bernilai ibadah disisiNya.

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ


"Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku hikmah, dan tempatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang soleh" [As-Syu'ara 26:83]


Akhir kalam,

Usaha+doa --> Tawakkal. All the best! =) 


Nota hati :
#Syukur, ikhlas, dan sabar! Setiap detikmu bermujahadah menuntut ilmu dikira ibadah sayang. ;) Mohon doa dari semua agar dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti. Allahumma yassir wala tuassir ya karim. Fuh fuh fuh, semangat semangat! ^^

Monday, October 21, 2013

This Worldly Life

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We all come into this world
Only to leave it one day

I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh...

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh...

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's a just bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

Sunday, October 20, 2013

Inspirasi :')

Kata seorang tokoh ulama silam yang begitu terkenal kerana menguasai pelbagai cabang ilmu, Ibnu Sina, "waktu muda adalah waktu yang sangat singkat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu"

Lihatlah para ulama silam. Subhanallah! Bagaimanakah mereka mengisi masa muda mereka? Bukankah dengan persiapan cinta ilmu? Kubandingkan diriku dengan mereka, bagaikan bumi dengan langit.

Bagaimana aku sanggup tidak serius dengan cinta ilmu? Sedangkan ilmu yang kutuntut ini bukanlah semata-mata untuk lulus peperiksaan dan mendapat pekerjaan.

Maksudku, peperiksaan perlu cemerlang. Di situ ilmu diuji. Pekerjaan perlu bagus. Di situ ilmu diaplikasi. Namun lebih jauh daripada itu, menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan yang dituntut oleh agama sejak lahir sehinggalah ke liang lahad.

Bahkan kedudukan orang yang berilmu adalah lebih tinggi di sisi Allah SWT berbanding orang yang tidak berilmu.

"Allah meninggikan darjat orang yang beriman diantara kamu, dan juga orang diberi ilmu pengetahuan akan ditinggikan darjat"
[Al-Mujadilah 58:11]


*Gambar hiasan semata-mata, heee. =D Ceriakan proses pembelajaran anda. Jom study dan mumtaz untuk ummah. Jangan lupa untuk sentiasa tajdid niat sebelum, semasa dan selepas belajar. Mari menjadi pemuda yang berilmu lagi bertaqwa, itu kemuliaan yang sama-sama kita impikan bukan? Semangat semangat! =)

Nota hati :

#Alhamdulillah settle amali hafazan. Terima kasih ya Allah kerana memudahkan aku untuk menjawab soalan-soalan amali, dapat my favourite surah ; Ar-Rahman. ^_^ Sesungguhnya tiada daya dan upaya untukku mengingat melainkan dengan izinMu. Semoga segala yang dihafal terus kekal. Ameen ya Robb~ *Terima kasih juga buat keluarga dan sahabat2 yang sudi mendoakan. :')

#Amali dah selesai, sekarang perlu fokus untuk ujian bertulis pula. Tinggal seminggu je lagi sebelum final exam bermula. Semoga dikuatkan antibodi iman, untuk mujahadah melawan nafsu malas dalam diri. Nak cemerlang kena la rajin kan? ;)

#29/10 > Hafazan Al-Quran, 7/11 > Profesionalisme Guru Pendidikan Islam, 13/11 > Pengajian Aqidah. 3 paper untuk sem ni. Semoga dipermudahkan. Bittaufiq wannajah buat sahabat2 seperjuangan. Mohon doa dari kalian juga. Syukran~

Friday, October 18, 2013

My little hero ^_^

Si comel Hayden Mirza Ong. :')

Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Sekarang baby Hayden dah besar, macam2 dia boleh buat.

*Menari ; asal orang nyanyi je terus menari. ^_^

*Menyanyi ; bila tepuk tangan terus nyanyi “pai pai sok” ---> lagu “tepuk amai2” versi org Cina ;)

*Ikut gaya orang ; baby selalu buat gwiyomi style. Pandai buat gaya nombor 1 je. Heee~ ^_^

*Berceloteh ; susah nak faham sebab guna bahasa dia sendiri =D

*Buat muka ; tayang gigi, muncung mulut, tutup mata bila orang amik gambar.

*Dan yang paling mengujakan bila tengok baby dah boleh jalan. 4-5 langkah kira dah boleh la kan? =D

Satu labah-labah

Panjat tepi perigi

Bila hujan turun 

Labah cepat lari

Terbit matahari

Hujan tiada lagi

Labah boleh jalan

Sekali lagi…

Haaa. Yang ni lagu kesukaan Hayden. Siap pandai buat gaya lagi, kalah babysitter. =D

Happy je bila kena buli pakai headband. Sekali tengok dah mcm baby girl. =D 

Nota hati :
#Baby dah besar. So, pengasuh kena tingkatkan skill nak jaga + didik baby. Lepas ni kena ajar baby sebut perkataan yang baik2. Kalau nyanyi pon kena pastikan lagu yang baik2 ; zikir, selawat, qasidah, nasyid n apa2 lagu yang elok.
#Cuti raya dah habis. Bakal merindui si mujahid comel ini. T_T Sabarlah hati, sebulan je lagi. Fokus untuk final exam dulu, then boleh jumpa baby lagi. Yosh, semangat! =)

Tuesday, October 15, 2013

Eid Adha 1434H ^_^


Takbir Raya

Such a lovely poetry to me.

And I will always love the sound of takbir, praising Allah.
They remain unchange since and until forever.

Those beautiful words, spoken out, in its own amazing rythym, which is never failed to entertain the souls.

And I wonder how does it feel to be in Arafah on this day?
The feeling must be indescribeable.

What else can beat the feeling of a servant, who feels close and intimate to Allah?

Allahuakbar!!! Happy Eid to Muslimeen and Muslimat all over the world. Taqobbalallahu minna wa minkum. =)

Tema raya haji kali ni semua pakai jubah. Tapi bila tengok gmbr family nmpk pelik je sbb sorg je pkai tdg warna kontra dr yg lain. =.='

Nota hati :
#Tetiba je nak speaking malam2 ni. Asif klu ada grammar yang salah. =D
#Alhamdulillah masih diberi kesempatan beraya bersama family tersayang tahun ni. ^^ "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? " -QS Surah ar-Rahman- 
#Jom banyakkan bersyukur, kerana terlalu banyak nikmat yang Dia kurniakan sebelum kita meminta kepadaNya.

Monday, October 14, 2013

Kursus Kejurulatihan Kayak

Part III

-Bismillahirrahmanirrahim-

Hari ketiga (12/10/13)

Seperti hari sebelumnya kursus dimulakan pada jam 9 pagi. Hari ini merupakan hari terakhir saya dan rakan-rakan menyertai kursus kejurulatihan kayak. Tentatif hari ketiga ialah melakukan ekspidisi, ujian akhir iaitu amali ‘slap for support high recovery’ dan ujian teori.

Sesi pagi dimulakan dengan aktiviti ekspidisi merentas Sungai Ibai. Kalau ikut tentatif program, kami perlu berkayak sejauh 10 kilometer. Namun begitu, kami hanya berkayak kurang lebih 3 kilometer sebab faktor cuaca dan kekangan masa. Bagi aktiviti ekspidisi ini saya berpasangan dengan Ashikin a.k.a my lovely roomate. :’)

Kami merupakan pasangan pertama yang tiba di check point yang telah ditetapkan. Jurulatih kami, Hanafi (sebaya dengan kami) sempat mengusik kami berdua, katanya “kamu berdua nampak je kecik, tapi sebenarnya kuat.” Hanya mampu tersenyum bila dengar dia cakap macam tu. Dalam hati berbisik ; “Jangan pandang kami sebelah mata. Kecil2 cili padi taw." Heee~ =D

Berkumpul di check point. Alhamdulillah, kami semua berjaya tiba dengan selamat. :')

Selesai ekspidisi, kami semua berkumpul di pesisir Sungai Ibai untuk mendengar taklimat berkenaan kaedah ‘slap for support high recovery’. Ia merupakan ujian praktikal terakhir yang perlu kami lakukan.

Bagi saya ‘slap for support high recovery’ ini paling mencabar kalau dibandingkan dengan aktiviti lain yang dipelajari sepanjang kursus. Ini kerana, untuk aktiviti ini kami perlu menyendengkan kayak 90 darjah kemudian menterbalikkannya semula ke keadaan asal dengan cara menampar air menggunakan permukaan pendayung. Kena tampar air kuat2, kalau tak susah nak terbalikkan kayak. Huuu~

Bagi latihan ‘slap for support high recovery’, saya dilatih oleh jurulatih berulang kali. Ini bagi memastikan saya betul-betul bersedia untuk melakukannya apabila ujian sebenar diadakan. Selesai latihan, kami dibenarkan rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari.

Menu hari terakhir, nasi minyak. yummy! ^_^

Sesi petang bermula pada jam 3 petang. Waktu inilah kemahiran ‘slap for support high recovery’ diuji. Penilaian dilakukan oleh ketua jurulatih kami iaitu Encik Zul. Bermacam ragam dapat dilihat sepanjang ujian praktikal dilakukan. Ada yang terlampau semangat dan ada juga yang terlampau penat sehingga menangis. Ini kerana terlalu penat setelah mencuba berkali-kali, tetapi tetap tidak berjaya.

Namun dengan sokongan yang tidak putus2 daripada rakan seperjuangan dan para jurulatih, alhamdulillah kami semua berjaya melakukannya. Sesungguhnya tiada daya upaya kami untuk melakukannya melainkan kurnia daripada Allah.

Setelah semua selesai melakukan ujian praktikal ‘slap for support high recovery’, kursus diteruskan dengan pembelajaran berkenaan brek kecemasan. Waktu ini saya dan rakan-rakan diajar bagaimana cara untuk menghentikan kayak apabila berlaku kecemasan atau bagi mengelakkan berlaku perlanggaran.

Bila jam menunjukkan pukul 6 petang, pembelajaran dihentikan dan kami dibenarkan untuk rehat bagi membersihkan diri, solat Asar dan makan malam. Bagi hari ketiga ini kursus dipanjangkan sehingga waktu malam. Ia bagi memberi laluan untuk pelaksanaan ujian teori yang kami pelajari pada hari pertama.

Sesi malam dimulakan pada jam 9. Kami dipersembahkan dengan tayangan-tayangan video sukan kayak antarabangsa. Sangat teruja melihat atlet-atlet yang sangat berkemahiran dalam sukan kayak. Ketika menonton video tersebut, saya sedar apa yang saya pelajari tentang sukan kayak masih terlalu sedikit.

Setelah menonton video, tiba masa untuk saya dan rakan-rakan menduduki ujian teori. Terdapat dua set soalan yang dibekalkan kepada kami iaitu set soalan bintang satu dan set soalan bintang dua. Ujian berjalan lancar dan alhamdulillah sekitar jam 10.30 malam kami selesai menjawab kesemua soalan yang diberikan. :')

Kursus diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua jurulatih. Turut diadakan sesi autograf buku oleh Presiden Persatuan Kanu Malaysia Encik Dzulkafli bin Abas merangkap ketua jurulatih sepanjang tiga hari kursus diadakan. Jam 11 malam kami bertolak pulang ke IPG. Sesungguhnya begitu banyak kenangan indah yang terlakar sepanjang kursus. Semoga segala apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan apabila saya menjadi guru kelak. InshaaAllah~

Encik Zul sedang menandatangani buku kami.

Bergambar kenangan bersama jurulatih-jurulatih, rakan sekelas dan pensyarah pembimbing.
Muka semua dah hangus. Huuu~

Alhamdulillah akhirnya habis jugak cerita. Begitulah serba-sedikit perkongsian pengalaman sepanjang 3 hari saya menjalani kursus kayak. Akhir kata, hayati kata-kata ini. 

Satu kayuhan, mampu menggerakkan kayak,
Tersilap kayuhan, pasti akan beralih arah,
KITA adalah pengemudi,
Perlu kental dalam menghadapi UJIAN gelora dan ombak,
Untuk sampai ke DESTINASI yang dituju..

 [Ibrah dari Kursus Kayak]

Keys off, wassalam~

Kursus Kejurulatihan Kayak

Part II

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari kedua (11/10/13)

Latihan kayak bermula pada jam 9 pagi. Perkara yang dipelajari adalah berfokuskan kepada teknik menyelamat. Banyak kaedah menyelamat yang boleh digunakan semasa aktiviti berkayak. Ia bergantung kepada situasi sewaktu kecemasan berlaku. Kali ni saya akan ceritakan berkenaan 4 jenis teknik menyelamat yang telah saya pelajari iaitu ; X rescue, Sideways rescue, H rescue dan HI rescue. (Taip entri sambil tengok buku. Sangat rajin di situ) =D

X rescue

Teknik menyelamat ini dilakukan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya daripada kayak atau kayak telah dimasuki air dengan banyak. 

Fungsi utama teknik menyelamat ini ialah untuk mengeluarkan semua air yang masuk ke dalam kayak dan membantu mangsa masuk ke dalam kayak semula.

1. Apabila kayak terbalik, keluar dan lambaikan pendayung ke udara. Rakan yang terhampir akan datang membantu.

2. Pegang mana-mana bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat.

3. Serahkan pendayung kepada penyelamat.

4. Tarik hujung ke atas bahagian geladak hadapan kayak penyelamat. Penyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas geladak hadapannya.

5. Anda haruslah berenang ke arah hujung kayak anda yang menghala ke atas.

6. Pegang hujung kayak itu dan tekannya ke bawah. Secara automatik, air di dalam kayak anda akan keluar dengan segera.

7. Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket pada kayak anda.

8. Apabila semua air telah dikeluarkan, penyelamat akan terbalikkan semula kayak anda ke keadaannya yang asal.

9. Selepeas itu, beliau akan meluncurkannya ke air dan memegang kayak anda di sisi kayaknya. Pastikan kedudukan kayak anda menghadap kayaknya bagi memudahkan beliau membantu anda memasuki kayak semula.

10. Anda harus masuk di antara kedua-dua buah kayak dan tekannya ke bawah.

11. Lonjakkan punggung dan kaki anda ke atas dengan segera. Masukkan kaki anda ke dalam cockpit diikuti bahagian pinggang dan kemudiannya keseluruhan badan anda.

12. Kemaskan imbangan anda dan kini anda boleh kembali berdayung.   

Sideways rescue

Teknik ini dilakukan jika kayak yang ingin diselamatkan mengandungi terlalu banyak air, amat berat dan sukar untuk diselamatkan. Langkah yang perlu dilakukan ialah :

1. Pastikan kayak mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang.

2. Sendengkan kayak mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan dan angkat kayak ke atas perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak mangsa.

3. Apabila air dalam kayak berkurangan, lakukan teknik X rescue. 

H rescue

Teknik ini dinamakan H rescue kerana formasi menyelamatnya yang sama dengan bentuk 'H'.

1. Dua buah kayak penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa.

2. Buat pergerakan jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak.

3. Kayak diterbalikkan semula ke kedudukan asalnya. kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa di tengah-tengah.

4. Ini bertujuan membantu keseimbangan kepada mangsa sewaktu proses menaiki semula kayaknya.

HI rescue  

1. Pastikan kayak mangsa berada di tengah-tengah kayak penyelamat.

2. Lintangkan pendayung di atas cockpit di antara dua buah kayak penyelamat.

3. Tarik kayak mangsa ke atas pendayung yang dilintangkan. Pastikan bahagian cockpit kayak mangsa berada di atas pendayung.

4. Buat pergerakan jongkang-jongket untuk mengeluarkan air dari dalam kayak.

5. Penyelamat akan mengangkat kayak dan meluncurkannya semula ke dalam air.

6. Penyelamat akan membantu mangsa menaiki semula kayaknya.

7. Teknik ini kurang sesuai diaplikasikan kerana kayak mangsa yang berat boleh menyebabkan pendayung patah.

Fuhhh, akhirnya siap jugak menaip berkenaan teknik2 menyelamat yang dipelajari. Berilmiah nampaknya entri kali ni. Heee~ =D Asif, sebab untuk teknik menyelamat ni takde gambar. Untuk dapatkan gambaran yang jelas boleh la tanya encik Google. ^_~

Ok, sambung sikit lagi cerita untuk hari kedua. Lepas dah habis belajar tentang teknik menyelamat, tiba masa untuk saya dan classmates yang lain melakukan amali self-rescue (yang dah belajar masa hari pertama). Untuk sesi pagi, 9 orang je yang sempat buat amali dan alhamdulillah saya salah seorang daripadanya. Sangat gembira sebab tengahari tu dapat berehat dengan tenang. :')

Sesi petang bermula pukul 3 petang. Sambung amali self-rescue untuk 13 orang yang belum buat. Masa ni kami2 yang dah settle duk berenang-renang je la sementara menunggu kawan2 yang lain habis amali. ^^

Next, kami belajar tentang bow rescue. Teknik bow rescue lebih kurang sama dengan self rescue. Bezanya untuk bow rescue mangsa tak perlu keluar daripada kayak. Lepas dah terbalikkan kayak, mangsa perlu peluk dan tepuk kayak 3 kali kemudian lambaikan tangan. Kayak penyelamat akan datang, dan mangsa perlu pegang bow (bahagian depan kayak penyelamat) dan cuba terbalikkan semula kayak ke keadaan asal. 

Habis taklimat tentang bow rescue, kami terus buat amali. Bow rescue susah sikit nak buat, sebab masa dalam air semua fikir nak cepat2 keluar je. Ada yang tersalah cara pegang bow, jadi tak dapat nak terbalikkan kayak. Last2, bow rescue dah jadi self rescue. Heee~ =D Nak tergelak pon ada bila ingat balik. Macam-macam ragam nak settlekan amali ni. Tapi alhamdulillah kami semua berjaya melakukannya. Man jadda wajada. :')

Selesai amali bow rescue, dapat berita gembira daripada ketua jurulatih. Kami diberitahu untuk ujian praktikal pada hari ketiga kami dah tak payah buat self rescue dan bow rescue, sebab semua orang dah lulus. ^^ Gembira hati tak terkata bila dengar Encik Zul cakap macam tu. Rasa nak melompat je. =D  

Ok, dah habis cerita hari ke-2. Bersambung untuk hari ke-3 pula. Till then, keys off. Assalamualaikum~

Tetap ceria walaupun penat. :')

Sunday, October 13, 2013

Kursus Kejurulatihan Kayak

Part I

Persatuan Kanu Negeri Terengganu, Kuala Ibai. =) 

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga habiskan kursus kayak selama 3 hari. Kursus ini saya sertai bersama-sama rakan sekelas. Ia bertujuan untuk memenuhi kehendak silibus bagi subjek WAJ 3113 Kokurikulum (Persatuan). Banyak ilmu baru yang kami pelajari sepanjang 3 hari menjalani latihan kayak. Alang-alang pensyarah suruh buat refleksi untuk kursus kayak ni, tetiba jadi rajin nak buat entri ikut hari. ^^

Hari pertama (10/10/13)

Kami bertolak dari IPG pada jam 8.10 pagi. Perjalanan ke pusat latihan kayak mengambil masa 45 minit dan kami selamat tiba pada jam 8.55. Dah sampai macam biasa, kena lapor diri dulu. Alhamdulillah kami disambut baik oleh jurulatih-jurulatih di sana. =)

Ustazah2 yang semangat nak berkayak. Peace! =D

Kemudian, kami berkumpul untuk mendengar ucapan alu-aluan dan sedikit taklimat berkenaan tentatif program oleh Presiden Persatuan Kanu Malaysia Encik Dzulkafli bin Abas. Bila dengar jawatan presiden, saya fikir Encik Zul ni macam VIP yang lain. Seorang yang mewah, tegas dan macam-macam lagi yang bermain di kotak minda ni. Ternyata sangkaan saya meleset. Beliau merupakan seorang yang sederhana dan ceria. Rasa seronok je bila berborak dengan Encik Zul, dah macam ayah sendiri. Terubat sikit rindu kat abah di rumah. Wuwu~ *Dah 2 minggu tak balik rumah, rekod baru untuk sem ni. ;)

Tentatif program. Aktiviti hari keempat terus sambung pada hari ke-3. Mula lepas Isya' hingga pukul 11.30 malam. *_*

Encik Zul yang sangat baik dan supportive.

Semua khusyuk dengar taklimat. ^^

Habis taklimat, kami diberi masa rehat sebentar untuk minum pagi dan simpan barang di rumah yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Bila semua dah selesai, maka bermulalah kursus kami.

Sesi pagi kami belajar berkenaan teori sukan kayak yang dikendalikan oleh abang Mizi. Antara perkara yang dipelajari adalah berkenaan anatomi kayak, buoyancy aid (BA), throw pack, topi dan spray cover.

Selain itu, abang Mizi juga menerangkan berkenaan perbezaan kanu dan kayak ; dari segi bilangan bilah mata dayung (kanu 1, manakala kayak ada 2), cara mendayung (berlutut bagi kanu dan berlunjur bagi kayak), geladak (terbuka bagi kanu dan tertutup untuk kayak). Kami juga turut diberi input berkenaan perbezaan antara BA dan jaket keselamatan ; dari segi material, ketahanan, kegunaan dan warna.

Comey tak kak ton? *trademark abang Mizi. =D

Semua teori yang dipelajari akan dinilai pada malam akhir kursus. Pening jugak masa dengar abang Mizi berceloteh pasal kayak ni. Banyak sangat maklumat yang perlu diserap. Namun, alhamdulillah semua menjadi mudah apabila kami diberikan buku untuk dijadikan rujukan. ^^

Buku ni lebih kurang macam buku EDU, banyak fakta! Kira ni latihan study, warm-up sebelum final exam. Perlu khatam dalam masa 3 hari. @_@ 

Habis kelas teori, tiba masa untuk membasahkan diri dengan aktiviti water confident. Semua excited bila dengar dapat masuk air. Maklumlah datang kursus kayak ni memang nak main air, sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Ibai. Tak dapat pegi pulau, dapat tengok sungai pon kira ok la kan? Huuu~ 

Nice view at Sungai Ibai. Subhanallah, tenang hati dapat tengok pemandangan indah. =)

Sepanjang aktiviti water confident dijalankan, kami dilatih tentang ; teknik bernafas dalam air, renang kuak dada dan gaya bebas dengan menggunakan BA. Bila jurulatih dah nampak kami yakin dan boleh bernafas dengan baik dalam air, then baru kami tanggalkan BA. Latihan ni lebih kurang macam aktiviti BIG sem 1. Bezanya masa BIG dulu tak payah bukak BA. Lepas ni kalau orang tanya pandai berenang ke tak, kena jawab dengan yakin "pandai!!!". ^^ 

Selesai aktiviti water confident, kami dibenarkan rehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Latihan asas dayungan.

Sesi petang kami dilatih tentang praktikal pula. Kami diajar oleh abang Mizi yang dibantu oleh abang Faiz dan Hanafi@pok yed. =D Antara perkara yang diajar ialah cara memegang dan mengangkat kayak, pelbagai dayungan asas, cara membuang air yang masuk ke dalam kayak, isyarat-isyarat dalam kayak dan teknik rafting (berakit).

Teknik Rafting. Orang 1st yang sampai kena tegakkan pendayung untuk bagi isyarat kepada rakan-rakan yang lain. =)
Next, kami belajar teknik menyelamat ; self rescue. 1st time tengok abang Mizi tunjuk cara untuk selamatkan diri memang takut la. Rasa tak mampu nak buat. Bayangkan bila kayak terbalik, lepas tu kita terperangkap dalam tu. Mesti la panik. Walaupun pandai berenang, kalau kaki tak boleh keluar dari kayak tu tak guna jugak kan? Huuu~

Teknik yang diajar kepada kami ; mula2 peluk kayak dan terbalikkan dengan menggunakan kekuatan lutut dan pinggang. Kena lembutkan badan la masa ni. Kemudian, tahan nafas dalam air kejap. Tepuk kayak 3 kali (tanda tak panik duk dalam air), then bukak spray cover terus keluar dari kayak. Masa ni kami tengok je jurulatih buat, hari ke-2 baru amali. =)

Gambaran teknik keluar dari kayak. Buat banyak kali macam ni confirm kurus. =D

Selesai cerita hari pertama kursus kayak. InshaaAllah akan sambung untuk hari ke-2 pula. ^_^

Nota hati :
#Begitu semangat melaksanakan tugas dunia, moga ia tidak menjejaskan momentum kita untuk terus beribadah kepadaNya. Bahkan menjadi pemangkin untuk lebih kuat meningkatkan amal soleh. Biiznillah. 
#Esok 9 Zulhijjah, yok puasa dan banyakkan berdoa sempena hari Arafah! =)
#Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan akan datang. Permudahkanlah urusan2 ku di hadapan, dan berilah kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Amin ya Robb~

Monday, October 7, 2013

Berdoalah, minta dipermudahkan.

Keep on praying :)

Di saat ditimpa pelbagai ujian, diri menjadi bingung memikirkan jalan penyelesaian terbaik. Doa, merupakan salah satu cara untuk menghadapi ujian hidup. Berdoa ketika ditimpa sesuatu ujian bukanlah bermakna seseorang itu lemah, bahkan ia merupakan senjata dan kekuatan bagi orang beriman.

Jika kita menghadapi kesusahan, maka angkatlah tangan dan pohonkan kemudahan kepada-Nya. Sekiranya kita selalu berusaha mendekatkan diri kepada-Nya, maka pada saat kita mengangkat tangan berdoa, 'kesusahan' akan lari dan gementar ketakutan. Pada akhirnya ia akan dikalahkan dan tempatnya akan digantikan dengan kemudahan. Biznillah. =)

Ada satu nasihat yang indah berkenaan dengan hal ini. Nasihat ini mengingatkan saya bahawa jika ada masalah yang menimpa diri, usahlah berkata, "Wahai Tuhan, aku mempunyai masalah yang besar." Sebaliknya katakanlah, "Wahai masalah, aku punya Tuhan yang Maha Besar."

Ketika seorang yang beriman berdoa kepada Tuhannya, maka dia berdoa dengan satu keyakinan bahawa sebesar mana pun kesusahan yang dihadapinya, maka kesusahan dan masalah itu hanyalah sesuatu yang kecil di hadapan Tuhan. Dengan begitu kesusahan akan dapat diatasi pada akhirnya.

Saya beberapa kali menghadapi kesusahan yang besar. Kadang-kadang kesusahan itu terasa amat berat sekali dan bagaikan tidak boleh untuk dihadapi dan diselesaikan. Keadaannya hampir menimbulkan putus asa dalam diri. Tidak nampak langsung jalan keluar di hadapan. Semua jalan seolah-olah buntu. Tetapi saya selalu ingat bahawa Allah tidak akan memberi beban melebihi apa yang boleh ditanggung oleh seseorang.

Sewaktu menghadapi masalah begitu, saya akan memperbanyakkan membaca dan mentadabbur ayat terakhir surah al-Baqarah. Ini untuk mengingatkan diri saya sendiri bahawa Allah memberi ujian atau kesusahan bersesuaian dengan tahap kemampuan kita. Selain itu, pada ayat tersebut terkandung sebuah doa agar kita dijauhkan daripada beban yang terlalu berat.



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Surah al-Baqarah : 286)

Selain doa yang terdapat pada ayat di atas, banyak doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. untuk menghilangkan kesusahan, sama ada doa yang bersifat umum mahupun khusus. Membaca doa-doa itu akan menjadikan bebanan yang kita rasakan berkurangan dan dikabulkan doa yang akan membantu kita dalam menyelesaikan kesusahan yang dihadapi. Berikut adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita :


Mafhumnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah dapat Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.
(Riwayat Ibn Hibban)

Jika kita adukan kesusahan yang kita alami kepada manusia, belum tentu dia boleh menolong kita. Tetapi jika kita meminta pertolongan kepada Yang Maha Kuasa, maka inshaaAllah kita akan dibantu dengan cara terbaik menurut hikmah-Nya.

Jadi, sudahkah kita berdoa kepada-Nya dengan sungguh-sungguh? Tepuk dada, tanya iman. =)

Nota hati :
#Bersihkan dan dekatkan diri kita kepada Tuhan, agar doa kita tidak terhalang daripada-Nya.
#Jangan remehkan orang yang berdoa, kerana mereka sedang meminta kepada Yang Maha Kuat. Doa boleh menjadi jalan keluar di tengah-tengah kebuntuan upaya manusia.
#Minggu ni (khamis-sabtu), join kursus kayak bersama classmates tersayang. Moga Allah permudah. Allahumma amin~

Saturday, October 5, 2013

Zulhijjah tiba lagi! ^_^

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan menemui Zulhijjah buat kesekian kalinya.

Ayuh, mari rebut peluang dengan menggandakan amal dan menebus dosa dan kesilapan lalu kita.

It's Zulhijjah, and let's revive our spirit and soul! =)

Selamat mengimarahkan bulan Zulhijjah :)

Panduan tarikh penting untuk muslimin muslimat :

Maghrib 5 okt 2013 sabtu malam ahad = 1 Zulhijjah 1434Hijrah

Semua yang terlibat dengan ibadah korban, disunnahkan agar tidak menggunting rambut dan memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila kamu telah melihat anak bulan zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban, maka jangan memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." (Hadith Riwayat Muslim)

Isnin 14 Okt = Hari Arafah 9 Zulhijjah. Jom kita puasa ramai2.

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujarnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Takbir raya Aidil Adha selepas Subuh hari ke 9 Zulhijjah (14 Okt) dan berakhir selepas Asar hari ke 13 Zulhijjah. (masuk maghrib 14 Zulhijjah tamat)

Selasa 15 Okt = 10 Zulhijjah Eidul Adha
Solat Raya
Bawa semua anak , isteri termasuk yg uzur/haid.

Hadis dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak ada amal yang dilakukan di hari yang lebih agung dan lebih dicintai Allah melebihi amal yang dilakukan di tanggal 1 – 10 Zulhijjah. Oleh kerana itu, perbanyaklah membaca tahlil, takbir, dan tahmid pada hari itu.” (HR. Ahmad & Sanadnya disahihkan Syaikh Ahmad Syakir)

Baginda memerintahkan para wanita yang sedang haid untuk turut serta menghadirkan diri di musolla hanya untuk menyaksikan upacara solat Hari Raya tersebut.


Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُور
.فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.

c/p from fb Imam Muda Hassan :)

Tuesday, October 1, 2013

B.R.O.T.H.E.R

"Your brother is always the first male friend you will have in your life. Nobody will ever be able to understand your craziness like your brother and although you don't see each other as much as you'd like, he will always remain your friend and be there for you when you need him the most. While people will come and go in your life, your brother will be in your heart for a lifetime." -Rita Ghatourey

1 October 2013 ; my big bro already 23 today. Happy birthday abang 'comel'!^^ May Allah bless your ages, strengthen your faith, accept your du'a and grant you with health and wealth. 23 tahun sudaaa so cepat-cepat la kawen. Tak payah adik tunggu lama-lama. Heee~ ^_~

Dari kiri : Wafi, Naim, Ilman, Aqil, Faris (birthday boy), Mirza dan Dinie. They're my beloved brothers. =) 

A beautiful reminder from my brother via sms :

Pesan pada diri,
jangan tersalah memberi hati,
pada insan yang tak sudi,
pada insan yang tak mengerti,
kerana, sekali kau memberi selamanya dia dihati..

Pesan lagi pada diri,
hati-hati lah dalam memberi hati,
kerana ia hanyalah untuk insan yang tahu menghargai,
betapa tingginya nilai sekeping HATI.. =)


*InshaaAllah akan cuba jaga hati dengan baik. Thanks bro for being such a great brother to me! Saranghaeyo :-* 

#Esok 2 Oktober, bermulalah exam PMR. Bittaufiq wannajah to all Maahadians especially my little bro, Muhammad Mirza Aiman. Semoga Allah permudahkan untuk jawab exam esok dan paper2 seterusnya. Kakak kirim doa dari jauh. Nanti kalau dapat 9A boleh la tuntut hadiah. ^_^