Friday, October 25, 2013

The Finale!

Assalamualaikum. Rehat sekejap daripada study. Singgah kat blog, buat latihan menaip kat sini. Exercise tangan la kononnya. ^_^  Sekadar entri pendek pembangkit semangat dikala stress menjelang final exam. Huuu~


Menuntut ilmu| menyuruhnya mudah, tetapi untuk melakukannya tersangatlah payah. Kerana itu suruhannya diulang-ulang. 

Ilmu itu adalah hidayah, kerana itu untuk memilikinya perlukan mujahadah dan buktikan kita benar2 ikhlas kerana Allah.

Ingatlah! Susah bukan bererti tiada lorong cerah. Apa jua keadaan Allah mampu mengubah, asalkan si hamba berusaha sehabisnya dan tawakkal penuh berserah. 

Hati yang tak kenal erti putus asa, pasti Allah akan bantu! :')

 *Self-motivated


***

Bersempena dengan musim imtihan nihaie ini, nak ambil kesempatan untuk minta maaf kepada sahabat2 sekiranya ada hak2 yang tidak tertunai, hati2 yang tidak terjaga, kata2 yang mengguris jiwa. Sesungguhnya diri ini hanya insan yang lemah, tidak lari dari melakukan kesilapan. 


Dikesempatan ini juga, nak ucapkan bittaufiq wannajah untuk semua sahabat yang akan menduduki peperiksaan. Semoga Allah memberi kelapangan hati, ketenangan jiwa dan mempermudahkan urusan kita.

Mari tajdid kembali niat belajar kita, bukan semata-mata kerana peperiksaan, tetapi kerana Allah, dan muslim itu memang sifatnya cemerlang dari pelbagai aspek. Peperiksaan hanyalah sebagai salah satu kayu ukur untuk menguji kesediaan dan kesungguhan kita menuntut ilmu. 

Semoga setiap detik kita berjuang menuntut ilmu Allah bernilai ibadah disisiNya.

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ


"Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku hikmah, dan tempatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang soleh" [As-Syu'ara 26:83]


Akhir kalam,

Usaha+doa --> Tawakkal. All the best! =) 


Nota hati :
#Syukur, ikhlas, dan sabar! Setiap detikmu bermujahadah menuntut ilmu dikira ibadah sayang. ;) Mohon doa dari semua agar dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan akhir nanti. Allahumma yassir wala tuassir ya karim. Fuh fuh fuh, semangat semangat! ^^

No comments:

Post a Comment