Sunday, October 13, 2013

Kursus Kejurulatihan Kayak

Part I

Persatuan Kanu Negeri Terengganu, Kuala Ibai. =) 

Assalamualaikum. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga habiskan kursus kayak selama 3 hari. Kursus ini saya sertai bersama-sama rakan sekelas. Ia bertujuan untuk memenuhi kehendak silibus bagi subjek WAJ 3113 Kokurikulum (Persatuan). Banyak ilmu baru yang kami pelajari sepanjang 3 hari menjalani latihan kayak. Alang-alang pensyarah suruh buat refleksi untuk kursus kayak ni, tetiba jadi rajin nak buat entri ikut hari. ^^

Hari pertama (10/10/13)

Kami bertolak dari IPG pada jam 8.10 pagi. Perjalanan ke pusat latihan kayak mengambil masa 45 minit dan kami selamat tiba pada jam 8.55. Dah sampai macam biasa, kena lapor diri dulu. Alhamdulillah kami disambut baik oleh jurulatih-jurulatih di sana. =)

Ustazah2 yang semangat nak berkayak. Peace! =D

Kemudian, kami berkumpul untuk mendengar ucapan alu-aluan dan sedikit taklimat berkenaan tentatif program oleh Presiden Persatuan Kanu Malaysia Encik Dzulkafli bin Abas. Bila dengar jawatan presiden, saya fikir Encik Zul ni macam VIP yang lain. Seorang yang mewah, tegas dan macam-macam lagi yang bermain di kotak minda ni. Ternyata sangkaan saya meleset. Beliau merupakan seorang yang sederhana dan ceria. Rasa seronok je bila berborak dengan Encik Zul, dah macam ayah sendiri. Terubat sikit rindu kat abah di rumah. Wuwu~ *Dah 2 minggu tak balik rumah, rekod baru untuk sem ni. ;)

Tentatif program. Aktiviti hari keempat terus sambung pada hari ke-3. Mula lepas Isya' hingga pukul 11.30 malam. *_*

Encik Zul yang sangat baik dan supportive.

Semua khusyuk dengar taklimat. ^^

Habis taklimat, kami diberi masa rehat sebentar untuk minum pagi dan simpan barang di rumah yang telah ditetapkan mengikut kumpulan. Bila semua dah selesai, maka bermulalah kursus kami.

Sesi pagi kami belajar berkenaan teori sukan kayak yang dikendalikan oleh abang Mizi. Antara perkara yang dipelajari adalah berkenaan anatomi kayak, buoyancy aid (BA), throw pack, topi dan spray cover.

Selain itu, abang Mizi juga menerangkan berkenaan perbezaan kanu dan kayak ; dari segi bilangan bilah mata dayung (kanu 1, manakala kayak ada 2), cara mendayung (berlutut bagi kanu dan berlunjur bagi kayak), geladak (terbuka bagi kanu dan tertutup untuk kayak). Kami juga turut diberi input berkenaan perbezaan antara BA dan jaket keselamatan ; dari segi material, ketahanan, kegunaan dan warna.

Comey tak kak ton? *trademark abang Mizi. =D

Semua teori yang dipelajari akan dinilai pada malam akhir kursus. Pening jugak masa dengar abang Mizi berceloteh pasal kayak ni. Banyak sangat maklumat yang perlu diserap. Namun, alhamdulillah semua menjadi mudah apabila kami diberikan buku untuk dijadikan rujukan. ^^

Buku ni lebih kurang macam buku EDU, banyak fakta! Kira ni latihan study, warm-up sebelum final exam. Perlu khatam dalam masa 3 hari. @_@ 

Habis kelas teori, tiba masa untuk membasahkan diri dengan aktiviti water confident. Semua excited bila dengar dapat masuk air. Maklumlah datang kursus kayak ni memang nak main air, sambil menikmati pemandangan indah di sepanjang Sungai Ibai. Tak dapat pegi pulau, dapat tengok sungai pon kira ok la kan? Huuu~ 

Nice view at Sungai Ibai. Subhanallah, tenang hati dapat tengok pemandangan indah. =)

Sepanjang aktiviti water confident dijalankan, kami dilatih tentang ; teknik bernafas dalam air, renang kuak dada dan gaya bebas dengan menggunakan BA. Bila jurulatih dah nampak kami yakin dan boleh bernafas dengan baik dalam air, then baru kami tanggalkan BA. Latihan ni lebih kurang macam aktiviti BIG sem 1. Bezanya masa BIG dulu tak payah bukak BA. Lepas ni kalau orang tanya pandai berenang ke tak, kena jawab dengan yakin "pandai!!!". ^^ 

Selesai aktiviti water confident, kami dibenarkan rehat untuk makan tengahari dan solat Zohor.

Latihan asas dayungan.

Sesi petang kami dilatih tentang praktikal pula. Kami diajar oleh abang Mizi yang dibantu oleh abang Faiz dan Hanafi@pok yed. =D Antara perkara yang diajar ialah cara memegang dan mengangkat kayak, pelbagai dayungan asas, cara membuang air yang masuk ke dalam kayak, isyarat-isyarat dalam kayak dan teknik rafting (berakit).

Teknik Rafting. Orang 1st yang sampai kena tegakkan pendayung untuk bagi isyarat kepada rakan-rakan yang lain. =)
Next, kami belajar teknik menyelamat ; self rescue. 1st time tengok abang Mizi tunjuk cara untuk selamatkan diri memang takut la. Rasa tak mampu nak buat. Bayangkan bila kayak terbalik, lepas tu kita terperangkap dalam tu. Mesti la panik. Walaupun pandai berenang, kalau kaki tak boleh keluar dari kayak tu tak guna jugak kan? Huuu~

Teknik yang diajar kepada kami ; mula2 peluk kayak dan terbalikkan dengan menggunakan kekuatan lutut dan pinggang. Kena lembutkan badan la masa ni. Kemudian, tahan nafas dalam air kejap. Tepuk kayak 3 kali (tanda tak panik duk dalam air), then bukak spray cover terus keluar dari kayak. Masa ni kami tengok je jurulatih buat, hari ke-2 baru amali. =)

Gambaran teknik keluar dari kayak. Buat banyak kali macam ni confirm kurus. =D

Selesai cerita hari pertama kursus kayak. InshaaAllah akan sambung untuk hari ke-2 pula. ^_^

Nota hati :
#Begitu semangat melaksanakan tugas dunia, moga ia tidak menjejaskan momentum kita untuk terus beribadah kepadaNya. Bahkan menjadi pemangkin untuk lebih kuat meningkatkan amal soleh. Biiznillah. 
#Esok 9 Zulhijjah, yok puasa dan banyakkan berdoa sempena hari Arafah! =)
#Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan akan datang. Permudahkanlah urusan2 ku di hadapan, dan berilah kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. Amin ya Robb~

No comments:

Post a Comment