Monday, October 14, 2013

Kursus Kejurulatihan Kayak

Part II

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari kedua (11/10/13)

Latihan kayak bermula pada jam 9 pagi. Perkara yang dipelajari adalah berfokuskan kepada teknik menyelamat. Banyak kaedah menyelamat yang boleh digunakan semasa aktiviti berkayak. Ia bergantung kepada situasi sewaktu kecemasan berlaku. Kali ni saya akan ceritakan berkenaan 4 jenis teknik menyelamat yang telah saya pelajari iaitu ; X rescue, Sideways rescue, H rescue dan HI rescue. (Taip entri sambil tengok buku. Sangat rajin di situ) =D

X rescue

Teknik menyelamat ini dilakukan apabila anda telah terkeluar sepenuhnya daripada kayak atau kayak telah dimasuki air dengan banyak. 

Fungsi utama teknik menyelamat ini ialah untuk mengeluarkan semua air yang masuk ke dalam kayak dan membantu mangsa masuk ke dalam kayak semula.

1. Apabila kayak terbalik, keluar dan lambaikan pendayung ke udara. Rakan yang terhampir akan datang membantu.

2. Pegang mana-mana bahagian hujung kayak dan berenang ke arah kayak penyelamat.

3. Serahkan pendayung kepada penyelamat.

4. Tarik hujung ke atas bahagian geladak hadapan kayak penyelamat. Penyelamat akan membantu menarik kayak ke atas bahagian geladak hadapannya sehingga bahagian tengah cockpit kayak anda berada di atas geladak hadapannya.

5. Anda haruslah berenang ke arah hujung kayak anda yang menghala ke atas.

6. Pegang hujung kayak itu dan tekannya ke bawah. Secara automatik, air di dalam kayak anda akan keluar dengan segera.

7. Tindakan anda tadi seharusnya dibantu oleh penyelamat yang sama-sama membuat pergerakan jongkang-jongket pada kayak anda.

8. Apabila semua air telah dikeluarkan, penyelamat akan terbalikkan semula kayak anda ke keadaannya yang asal.

9. Selepeas itu, beliau akan meluncurkannya ke air dan memegang kayak anda di sisi kayaknya. Pastikan kedudukan kayak anda menghadap kayaknya bagi memudahkan beliau membantu anda memasuki kayak semula.

10. Anda harus masuk di antara kedua-dua buah kayak dan tekannya ke bawah.

11. Lonjakkan punggung dan kaki anda ke atas dengan segera. Masukkan kaki anda ke dalam cockpit diikuti bahagian pinggang dan kemudiannya keseluruhan badan anda.

12. Kemaskan imbangan anda dan kini anda boleh kembali berdayung.   

Sideways rescue

Teknik ini dilakukan jika kayak yang ingin diselamatkan mengandungi terlalu banyak air, amat berat dan sukar untuk diselamatkan. Langkah yang perlu dilakukan ialah :

1. Pastikan kayak mangsa diletakkan seiring dengan kayak penyelamat utama manakala sebuah lagi kayak penyelamat bertindak sebagai pengimbang.

2. Sendengkan kayak mangsa ke sisi, pegang bahagian cockpit dengan kedua-dua tangan dan angkat kayak ke atas perlahan-lahan. Air akan keluar sedikit demi sedikit dari kayak mangsa.

3. Apabila air dalam kayak berkurangan, lakukan teknik X rescue. 

H rescue

Teknik ini dinamakan H rescue kerana formasi menyelamatnya yang sama dengan bentuk 'H'.

1. Dua buah kayak penyelamat berada berhampiran. Setiap penyelamat memegang hujung kayak mangsa.

2. Buat pergerakan jongkang-jongket dilakukan bagi mengeluarkan air di dalam kayak.

3. Kayak diterbalikkan semula ke kedudukan asalnya. kedua-dua kayak penyelamat menghimpit kayak mangsa di tengah-tengah.

4. Ini bertujuan membantu keseimbangan kepada mangsa sewaktu proses menaiki semula kayaknya.

HI rescue  

1. Pastikan kayak mangsa berada di tengah-tengah kayak penyelamat.

2. Lintangkan pendayung di atas cockpit di antara dua buah kayak penyelamat.

3. Tarik kayak mangsa ke atas pendayung yang dilintangkan. Pastikan bahagian cockpit kayak mangsa berada di atas pendayung.

4. Buat pergerakan jongkang-jongket untuk mengeluarkan air dari dalam kayak.

5. Penyelamat akan mengangkat kayak dan meluncurkannya semula ke dalam air.

6. Penyelamat akan membantu mangsa menaiki semula kayaknya.

7. Teknik ini kurang sesuai diaplikasikan kerana kayak mangsa yang berat boleh menyebabkan pendayung patah.

Fuhhh, akhirnya siap jugak menaip berkenaan teknik2 menyelamat yang dipelajari. Berilmiah nampaknya entri kali ni. Heee~ =D Asif, sebab untuk teknik menyelamat ni takde gambar. Untuk dapatkan gambaran yang jelas boleh la tanya encik Google. ^_~

Ok, sambung sikit lagi cerita untuk hari kedua. Lepas dah habis belajar tentang teknik menyelamat, tiba masa untuk saya dan classmates yang lain melakukan amali self-rescue (yang dah belajar masa hari pertama). Untuk sesi pagi, 9 orang je yang sempat buat amali dan alhamdulillah saya salah seorang daripadanya. Sangat gembira sebab tengahari tu dapat berehat dengan tenang. :')

Sesi petang bermula pukul 3 petang. Sambung amali self-rescue untuk 13 orang yang belum buat. Masa ni kami2 yang dah settle duk berenang-renang je la sementara menunggu kawan2 yang lain habis amali. ^^

Next, kami belajar tentang bow rescue. Teknik bow rescue lebih kurang sama dengan self rescue. Bezanya untuk bow rescue mangsa tak perlu keluar daripada kayak. Lepas dah terbalikkan kayak, mangsa perlu peluk dan tepuk kayak 3 kali kemudian lambaikan tangan. Kayak penyelamat akan datang, dan mangsa perlu pegang bow (bahagian depan kayak penyelamat) dan cuba terbalikkan semula kayak ke keadaan asal. 

Habis taklimat tentang bow rescue, kami terus buat amali. Bow rescue susah sikit nak buat, sebab masa dalam air semua fikir nak cepat2 keluar je. Ada yang tersalah cara pegang bow, jadi tak dapat nak terbalikkan kayak. Last2, bow rescue dah jadi self rescue. Heee~ =D Nak tergelak pon ada bila ingat balik. Macam-macam ragam nak settlekan amali ni. Tapi alhamdulillah kami semua berjaya melakukannya. Man jadda wajada. :')

Selesai amali bow rescue, dapat berita gembira daripada ketua jurulatih. Kami diberitahu untuk ujian praktikal pada hari ketiga kami dah tak payah buat self rescue dan bow rescue, sebab semua orang dah lulus. ^^ Gembira hati tak terkata bila dengar Encik Zul cakap macam tu. Rasa nak melompat je. =D  

Ok, dah habis cerita hari ke-2. Bersambung untuk hari ke-3 pula. Till then, keys off. Assalamualaikum~

Tetap ceria walaupun penat. :')

No comments:

Post a Comment