Sunday, September 29, 2013

Be patient and tough!

Aim high, dream big! ^^

"Be patient and tough. Someday this pain will be useful to you.

You will never realize your true strength until being strong is your only option left. Until you are broken, you won’t know what you’re truly made of.

Pain doesn’t just show up in your life for no reason. It’s a sign that something needs to change. It’s a wake-up call that guides you toward a better future.

So keep your heart open to dreams, and make that change. For as long as there is a dream and positive action, there is hope; and as long as there is hope, there is joy in living." =)

Friday, September 27, 2013

Buatlah pilihan yang terbaik sayangku...

Bismillah..

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih, yang masih sayang pada aku dan kamu dengan memberikan kita peluang untuk terus bernafas di bumiNya ini. 

Alhamdulillah, segala puji bagi Dia yang menggerakkan segala sesuatu kerana masih mengizinkan aku untuk terus berkongsi tinta di blog ini. Kali ini hati tergerak untuk menulis sesuatu buat sahabat. Moga entri ini dapat menenangkan jiwa dan membantu dirimu untuk membuat keputusan yang terbaik.

Sahabatku... 

Kadang-kadang untuk menilai sesuatu dengan adil, emosi kita harus diketepikan dan rasional didahulukan. Sayang tidak semestinya perlu kekal bersama, dan adakalanya, perpisahan bukanlah suatu yang buruk, bahkan merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih baik.

Apa-apa pun, istisyarah dan istikharah adalah gandingan yang serasi tatkala dihadapkan dengan persoalan atau pilihan. Tiada penyesalan dan tiada kerugian bagi mereka yang melakukan kedua perkara ini setiap kali sebelum membuat sebarang keputusan, yang bukan hanya terhad kepada soal cinta dan jodoh semata-mata, tetapi seluruh lapangan kehidupan. Istikharah menandakan betapa kita sebagai hamba yang faqir dan lemah, sangat memerlukan petunjuk dan rundinganNya setiap masa.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk membuat pilihan-pilihan yang terbaik untuk agama, dunia dan akhirat kita berdasarkan istisyarah dan istikharah kita. Dan semoga, kita diberikan kecekalan hati dan keredhaan untuk menerima segala ketentuanNya, yang sudah pastinya terbaik untuk diri kita. Amin ya Robb~

Tiada ragu, hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita hamba-hambaNya! 




p/s: Walau apa pun keputusan yang dibuat, yang pasti awak tetap ada kawan yang sentiasa menyayangi dan mendoakan yang terbaik untuk awak. ^_~

Monday, September 23, 2013

Menjadi kekasih Allah... Bagaimana???

Assalamualaikum... Alhamdulillah masih diberikan peluang olehNya untuk mencoret di blog ini buat kesekian kalinya. Minggu ni merupakan minggu pertama kuliah setelah 2 bulan berpraktikum. Tak belajar sangat pon, duk borak-borak je dalam kelas dengan pensyarah. Hehe~ ^^ Pagi ni ada dua masa je kelas, 3 masa lagi free sebab pensyarah takde.

Memandangkan sekarang pintu asrama dah dikunci, jadi saya dan sahabat-sahabat buat keputusan untuk habiskan masa di library. Nahhh, masa ni la dapat idea untuk post entri baru. Alhamdulillah hari ni berpeluang untuk 'bedah' buku “cinta kerana Allah” =) Ni serba sedikit mutiara ilmu yang dapat dikutip hasil pembacaan tadi. Sharing is caring, moga bermanfaat. ;)

Aiz ibnu Syarhabil ibnu Samath, suatu ketika bertanya kepada Amru ibnu Abasah: “Benarkah kau pernah mendengar sabda Rasulullah, dan kau tidak mengada-ada apatah lagi melakukan pembohongan terhadap Rasulullah?” Amru ibnu Abbas menjawab : “Benar.” Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda bahawasanya Allah berfirman :


“Aku wajibkan kasih cinta-Ku bagi orang-orang yang saling mencintai kerana diri-Ku. Dan Aku wajibkan kasih cinta-Ku bagi orang-orang yang saling tolong menolong kerana diri-Ku.”


Jangan separuh hati dalam mewajahkan rasa cinta kita kepada sesama hamba Allah. Jangan memberi harga atas jasa baik atau menuntut pembalasan dan ganjaran atas pertolongan yang kita berikan kepada sesama manusia. Sebab, cinta Allah hanya diperuntukkan bagi manusia yang tulus mencintai dan menolong sesamanya semata-mata demi menggapai redha-Nya. Tidak ada sebarang ruang bagi mendapat cinta Allah untuk mereka yang tidak mentuluskan cinta di hatinya pada landasan hanya kerana Allah semata-mata.

Oleh yang demikian, jernihkan niat dalam melakukan sesuatu. Lebih-lebih lagi dalam memberikan pertolongan sesama makhluk Allah di muka bumi ini. Jangan sesekali meletakkan matlamat untuk mendapat ganjaran, waima sekadar pujian di sebalik segala pertolongan yang dihulurkan. Ini kerana, perbuatan bersandarkan niat sedemikian hanya akan melupuskan ganjaran daripada Allah atas segala kebaikan yang dilakukan itu. Bahkan, ia juga menjauhkan diri kita daripada kasih cinta Allah.

Sebaliknya, luruskan segala niat betapa apa jua pertolongan yang dihulurkan adalah hanya kerana Allah semata-mata. Tanamkan di dalam diri betapa perasaan cinta dan pertolongan yang dihulurkan itu semata-mata kerana ingin menggapai redha Allah. Usah khuatir dengan ganjaran. Ini kerana biarpun ganjaran dunia tidak menjelma akan tetapi ganjaran Allah berupa kasih sayang dan cinta-Nya kepada kita sentiasa menanti mereka yang menjadikan ‘hanya kerana Allah’ sebagai landasan segala perasaan cinta dan pertolongan yang dihulurkan antara sesama manusia.

Jika kita mampu menerapkan perkara tersebut dalam diri, nescaya kita akan menjadi sebahagian daripada para kekasih Allah dan manusia-manusia terpilih.


#Yok sama-sama berusaha untuk jadi kekasih Allah! Amalkan sikap mencintai dan tolong menolong lillahi ta’ala. =)

#Kalau tiap-tiap hari bedah buku macam ni, boleh buat buku la cuti akhir sem nanti. Heeee~ =D

#Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin hikmah pagar asrama dikunci nak suruh rajin-rajin baca buku kat library + dapat topup ilmu baru. Think positive! ;) 

#Next project, inshaaAllah 'bedah' buku tentang fiqh pula. ^^

Saturday, September 21, 2013

Situasi apabila dilamar.....

Credit : Sis Zaharoh ^^

Saya tidak cintakan dia

"Ana sayang, samaada cinta atau tidak, itu bukan isu utama walaupun ia tetap menjadi bahagian penting. Isunya sekarang, lamaran itu dari siapa? Bagaimana agamanya? Bagaimana keturunannya? Bagaimana penerimaan keluarga dengannya? Bagaimana tanggungjawabnya terhadap Allah dan pergaulannya dengan masyarakat?"

"Paling penting, ibu ayah. Banyakkan perbincangan dengan orang tua kita, sebab kadang-kadang instinct seorang ibu dan ketegasan jawapan dari seorang ayah adalah sebuah jawapan. Ini semua, namanya istisyarah (minta pandangan)".

"Jadi, saya tidak boleh tolak lamaran itu?", Ana seolah tidak puas hati.

Tenangkan diri pada sebuah kepastian

"Tidak. Maksud akak, jangan tolak sesebuah lamaran ketika emosi kita tidak stabil dan tidak jelas. Takut nanti kita menyesal. Mahu menstabilkan emosi dan adil terhadap lamaran tu, kenalah istisyarah. Kemudian, setelah istisyarah selesai hati kita akan 'firm' pada sebuah fakta yang jelas."

"Oh, ok. Jadi, dah boleh beri jawapan ya waktu tu?"

"Belum Ana. Hidup kita ini, tiada makna kalau terlepas pergantungan kepada Allah. Istikharahlah dik, kemudian berikan jawapan. Waktu itu, Ana akan dapat tenangkan diri pada sebuah kepastian."

Tetapi dia lelaki soleh

"Tetapi kan kak, kalau saya cenderung menolak lamarannya apakah saya sanggup? Apakah dia tidak akan terasa hati? Sedangkan dia bukanlah lelaki jahat dengan lamaran murahan? Dia lelaki soleh", bicara Ana terasa semakin berat ditanggungnya.

"Pernah dengar kisah Fatimah Az-zahra' putri Nabi?"

"Kisah yang mana?"

"Kisah lamaran dari Abu bakar dan Umar kepada Fatimah."

"Tak."

"Umar Al-khattab dan Abu bakar pernah melamar Fatimah!", saya cuba menjentik pengetahuan sirah Ana.

"Eh, jap akak. Bukankah Fatimah bernikah dengan Saidina Ali?"

"Yup, that's mean lamaran dua orang sahabat besar ini (Abu Bakar dan Umar) pernah ditolak! Mereka tidak solehkah?"

"Maksud akak?", Ana lanjut bertanya memohon kepastian.

"Maksudnya dik, kalau Ana tolak lamaran tu sekalipun, itu bukanlah petanda dia tidak baik dan tidak soleh. Bahkan penolakan itu mungkin mengajar dia untuk menjadi lebih baik. Bila sudah sampai tahap ini, baru akak suka buka bab cinta. Pernikahan ini Ana, bukan cuma perjanjian luaran di atas sebuah akad. Ia juga sebuah ikatan perasaan. Bagaimana mungkin pernikahan mampu terjadi andai cuma sebelah pihak yang menyodorkan perasaannya? Bukankah bertepuk sebelah tangan itu tak berbunyi?"

"Akak... This is what I'm dilemma in it. Thanks akak. Lagi?"

"Orang soleh dan solehah dalam dunia ini ramai, dan bukan semua itu jodoh kita. Jodoh, cuma seorang untuk satu tempoh waktu dan Allah sudah pilihkan untuk kita mengikut sunnatullahnya. Jodoh rahsia Allah, bukan untuk kita terkejar-kejar tanpa haluan. Bukan juga untuk kita anggap jodoh itu kerja kita. Jodoh itu kerja Allah. Sekarang ini, kita buat kerja kita (berusaha) dan biarkan selebihnya kerana yang lebih itu kerja Allah (tawakkal)."

"Akak... U're awesome!"

"Allah help me to be awesome. If Allah let me by myself, i'll be the most worst person."

#Sekadar berkongsi apa yang dibaca, semoga bermanfaat. ^_~
#Yok siap-siap balik IPG! Kembali menjadi pelajar setelah 2 bulan berpraktikum. Bakal sibuk dengan BIG, kursus kayak (persatuan), dan amali hafazan. *_*

Allahumma Amin~

Friday, September 20, 2013

Praktikum Fasa II > Sek Keb Kuala Ping (Part 2)

***

Minggu kelima : Kokurikulum pada minggu ni semua guru dan murid dikehendaki bergotong-royong membersihkan sekolah. Saya dan practicumate bertanggungjawab untuk pastikan tandas guru dan murid dalam keadaan bersih + kena hias-hias apa yang patut. Kami tolong tampal poster n pasang langsir je. Heeee~ =D

Tak cukup tangan bila buat kerja, last2 kain langsir belit kat leher je.  =D

Minggu keenam : Sambutan Merdeka-Raya peringkat SKKP. Macam biasa kami guru praktikum dapat tugas untuk urus persediaan tempat ; susun kerusi, buat ‘backdrop’, hias meja tempat letak makanan. Kami juga turut dilantik sebagai AJK makanan. ^^ Seminggu sebelum sambutan kami dan cikgu-cikgu yang lain dah bincang nak bawak makanan apa. Takot nanti ada yang bawak makanan yang sama. #Kalau bab makan laju je buat persiapan. Heee~ =D

Saya dan practicumate bawak laksa penang, (request dari k.na, mengidam nak makan katanya). Kami tempah kat kantin asrama sekolah je. Tak pandai lagi nak masak sendiri, taw makan je. Lalala~ ^_~

Pertandingan mewarna dan nyanyian lagu patriotik turut diadakan =) 

Sebelah malam diadakan majlis solat hajat perdana di surau berhampiran sekolah untuk adik-adik SKKP yang bakal menduduki UPSR. Kali ni kami jadi AJK pendaftaran pula, sambut ibu ayah dan jawatankuasa PIBG yang datang.


Banyak kenangan yang terlakar pada malam itu ; saya dan guru-guru yang lain baca surah Yasin sama-sama, makan sama-sama, borak-borak pasal keluarga dan macam-macam lagi. Bila dah selesai majlis, guru besar ajak saya dan practicumate untuk ‘follow’ dia balik, bimbang katanya perempuan ‘drive’ malam-malam. Kebetulan rumah GB kat Kuala Ibai, kira sama jalan la sebab kami nak balik IPG malam tu. Rasa sangat beruntung sebab dapat GB yang baik hati dan ambil berat pasal kami. Sayangggggg GB! *_*   

Antara jemputan yang hadir

Minggu ketujuh : Majlis Restu Ilmu dan Belaian Kasih murid tahun 6. 

Pagi : Majlis Restu Ilmu (Guru-Murid)

Petang : Program Belaian Kasih (Ibu bapa - Murid)

Bila tengok murid-murid dibelai oleh ibu ayah masing-masing, tetiba rasa sebak. Teringat ummi abah kat rumah. Awal-awal tu 'mendung' je, tapi bila dengar luahan hati murid kepada mak ayah mereka, terus 'hujan'. Huuuu~ =(

*Minggu ni sibuk dengan ‘last observe’ je. Takde dah kerja hias-hias. =P

Minggu kelapan : Minggu ni merupakan minggu terakhir di sekolah. Sesungguhnya banyak sekali pengalaman yang ditimba sepanjang 2 bulan di SKKP (taip banyak-banyak kat blog nanti penat pulak nak baca). =D Semoga segala apa yang telah dilalui mendewasakan diri. InshaaAllah~

Barisan guru dan jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Kuala Ping

Kalau ada sumur di ladang, 
boleh saya menumpang mandi. 
Kalau ada umur yang panjang, 
inshaaAllah kita kan ketemu lagi. =) 

*Tengok gambar lama-lama boleh 'hujan' ni. Sob3 :'(

# Semoga segala apa yang dilakukan dipandang olehNya dan dihitung sebagai amal. Amin~ 

***
The End

Thursday, September 19, 2013

Praktikum Fasa II > Sek Keb Kuala Ping (Part 1)


Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak habiskan praktikum selama 2 bulan di SK Kuala Ping. Banyak kenangan manis yang terlakar selama 8 minggu mengajar di sekolah ni.

Mula-mula datang sekolah ni agak terkejut sebab terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan. Tiap-tiap minggu saya dan practicumate akan dapat tugas baru. Tapi bila dah lama kat sini kami dah terbiasa bila diberi tugasan, "alah bisa tegal biasa". Hehe ^^

Minggu pertama : Kami diminta untuk menghias galeri seni di kawasan tangga ‘on the way’ untuk naik ke pejabat sekolah. Walaupun tak pandai sangat bab hias-hias ni, kami usahakan jugak buat yang terbaik.

Galeri Seni Warisan

Minggu kedua : Tugas yang diberikan adalah untuk menghias kantin sekolah. Aktiviti menghias melibatkan semua guru SKKP dan dilakukan pada waktu kokurikulum. Kebiasaannya pada bulan puasa aktiviti kokurikulum tidak dijalankan di sekolah. Namun, lain kisahnya di SKKP.

Pesan Puan Guru Besar, (lebih kurang macam ni la pesannya bila dah disingkatkan, tulis isi penting je) hihi~ =D

“Bulan puasa bukan alasan untuk kita bermalas-malasan dan tidak proaktif. Masa yang ada perlulah diisi dengan perkara yang berfaedah dan bersesuaian. Kita sebagai guru perlulah kreatif merancang aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk murid-murid dan sekolah”.

Keceriaan Kantin ^_~

Minggu ketiga : Berehat daripada tugas mendekorasi sekolah, kali ni dapat tugas untuk jadi ‘emcee’ program Di Ambang Lebaran pula. Mula-mula diberikan tugasan ni agak ‘nervous’ sebab tak pernah lagi jadi MC kat sekolah. Tapi dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh practicumate tugas yang diberikan dapat saya laksanakan dengan baik . Alhamdulillah~ ^^

Program Di Ambang Lebaran merupakan program yang dirancang oleh kami guru praktikum untuk memenuhi kehendak tugasan bagi subjek Profesionalisme Guru Pendidikan Islam. Tugasan ini memerlukan kami untuk menganjurkan satu program dakwah di sekolah. Jadi setelah berbincang dengan pihak sekolah, saya dan practicumate sepakat untuk mengadakan ceramah yang bertajuk "Persediaan Menyambut Hari Lebaran". Ceramah disampaikan oleh Ustaz K.Asmadi.    

Program berjalan lancar dan tugasan dapat dihantar tepat pada masanya. Alhamdulillah~  

Minggu keempat (after cuti raya) : It’s time for decoration again! Kali ni conteng-conteng dinding @ buat mural pulak. Saya dan practicumate diminta oleh GB untuk membuat mural di hadapan bilik j-QAF. Setelah musyawarah kami sepakat untuk melukis kartun dan membuat tulisan khat kata-kata nasihat dalam Bahasa Arab pada dinding tersebut.

Credit utk ust K.Asmadi & cg Zulazwan sbb tlg kami siapkn mural ni. ^^

Tengah conteng-conteng dinding pon ramai yang datang nak bergambar. 3,2,1 Smile! =)


#Jangan takut mencuba sesuatu yang baru. Selagi mana kita tidak melakukannya, selagi itu kita tidak akan tahu kemampuan yang ada pada diri kita. *_*

***
To be continue..

Saturday, September 14, 2013

Misi Berjaya!


Bismillah, kali ni nak cerita tentang jalan2 pusing Kelantan dengan practicumate.


Jumaat 13/9/2013.

Sebelah pagi kami duk kat rumah je, borak2 dengan ummi. Masa ni la buat sesi luahan hati ke hati. ;) Yang seronok bila dapat makan nasi ‘berlauk’ + ayam dan daging bakar. Bertambah-tambah bila makan. Heee~ :D Pukul 11 pagi ummi dan abah keluar, pegi ziarah sedara kat Kuala Krai. Sebelum keluar ummi dah pesan siap2 suruh masak untuk makan tengahari. Jadi waktu tengahari dihabiskan kat dapur je la. Saya masak ala kadar je sekadar yang mampu, kalau nak tunggu pandai masak macam masterchef memang tak berasap la dapur tu. Huhu~

Petang, usai solat asar saya bawa kawan ke Taman Tengku Anis. Sampai je kat taman terkejut sebab ramai sangat orang. Tempat parking keta penuh, last2 kami parking keta kat luar je. Jalan kaki masuk ke taman, exercise di petang hari dengan harapan dapat buang sikit lemak2 yang melekat kat badan ni. :D Seronok sangat dapat tengok budak2 comel main-main kat playground, berenang kat kolam, buat muka comel bila ada yang nak tangkap gambar. Kalau lah boleh jadi kanak-kanak balik kan best. ^^

Practicumate yang sentiasa ceria, mungkin sebab dah bergelar Puan. Heeee =D

Sabtu 14/9/2013

Kami keluar dari rumah lebih kurang kul 11 camtu (pegi awal2 takot kedai tak bukak lagi). :D Tujuan keluar tak lain tak bukan untuk ‘shopping’. Bukan la kaya sangat, tapi tak salahkan berbelanja untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan setelah berpenat lelah sebelum ni. Ye dak? Hehe ^_~

Teringat kata2 sahabat :

“Kita perlu beri penghargaan kepada diri sendiri, nak tunggu orang beri penghargaan untuk kita tak tahu bila akan dapat. Huhu”. Outing kali ni kira hadiah sebab kami dah berjaya habiskan ‘observe’ bersama pensyarah dan guru pembimbing. Alhamdulillah =)

Tempat wajib untuk shopping bila mai Klate ;)

Tempat pertama yang dituju ialah Bazar Tok Guru. Kat sini memang banyak la barang yang boleh dibeli. Ada kain pasang, jubah, kain sembahyang, tudung, blouse dan macam2 lagi. Memang beratus-ratus la habis tiap kali bawa kawan datang sini. Makcik kat kedai tudung pon dah kenal. Nampak sangat dah selalu datang. >.<

Bila sahabat gembira, hati akan turut sama berbunga ceria. Alhamdulillah, misi berjaya! ^^

Next, kami singgah di Parkson. Datang sini sebab nak cari hadiah untuk bagi kat sekolah. Minggu ni merupakan minggu terakhir praktikum, jadi kena beli siap2 hadiah sebelum balik rumah sewa kat Hulu Terengganu. Huuu~

Hadiah untuk sekolah :')

Ok, enough for now. Need to pack up all the things. Takot ada yang tertinggal pulak, banyak sangat barang nak bawak. Huhu~


Ole-ole dari klate untuk cikgu2 di SK Kuala Ping, (Durian Crepe, Pavlova & Curry Puff). ^^

#Nak kena gilap lagi skill masak ni, kan nak jadi isteri mithali. Opsss! =D

#Gembirakan orang lain, inshaaAllah kita akan turut sama gembira. =)

Friday, September 13, 2013

S.A.H.A.B.A.T


Sahabat adalah cerminan kepada sahabatnya. Jika ingin benar-benar mengenali diri, mohonlah kepada sahabat untuk membantu menyuluhkan. 

Sahabat yang baik akan jujur dengan kita, menyedarkan kita akan kekuatan kita dan membantu kita menyingkap dan membaiki kelemahan yang ada.

Bercerita dan berkongsi tentang kehidupan dengan sahabat, menyedarkan diri tentang betapa bertuahnya dikurniakan pelbagai kelebihan. Hanya kerana kurangnya bersyukur, lebih mudah merasakan diri ini lemah dan buruk tanpa ada apa-apa kelebihan.

Bangkitlah wahai diri, ketahuilah bahawa engkau sememangnya istimewa dan punya kelebihan tersendiri. Usah terlampau membandingkan diri dengan yang lain sehingga keyakinanmu tercalar. Sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia itu dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terima kasih sahabat!


1st time dpt bergambar cukup 22 org. Rindu classmates. huuu~

Thursday, September 12, 2013

Ujian



Kamu sentiasa layak diuji sayangku. Hamba yang lupa dirinya adalah hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Maka lapangkanlah dadamu, terimalah ujian hidup dengan senyuman, kerana demikianlah cara Dia menunjukkan rasa cintaNya padamu.


"Berhentilah daripada mencari unsur luar, kerana semua itu ada dalam dirimu. Mahu bahagia atau derita, pilihlah sendiri. Mahu menafsirkan ujian sebagai kaffarah dari Allah, peluang untuk diperbaiki dan memperbaiki, atau mahu menafsirkannya sebagai bala bencana penyebab derita lagi sengsara,pilihlah sendiri"

[Abu Saif]


***

"Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya sesuatu ujian. Jika Allah menyayangi sesuatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan sesiapa yang ingkar maka baginya kemurkaan Allah s.w.t"

[HR Tirmidzi & Ibn Majah]

***


"Everytime you feel like you cannot go on, don't despair and never loose hope.
Coz Allah is always by your side. InshaaAllah, you'll find your way"

Sunday, September 8, 2013

Bittaufiq wannajah


Biar sehebat mana pun memori manusia, pasti akan lupa juga, kerana fitrah manusia itu lemah, hanya Dialah yang Maha Mengingat, Dia tidak pernah lupa, walau sekecil-kecil perkara.

Biar setinggi mana pun ilmu manusia, tetap sahaja ilmu itu hanya setitis dari lautan ilmuNya yang luas. Dialah Tuhan yang Maha Berilmu, Maha Bijaksana.

Bittaufiq wannajah untuk exam UPSR bagi adik-adik di SK Kuala Ping. Do your best and let Allah settle the rest. Robbuna yusahhil, Amin~ =)

Murid Tahun 6 SK Kuala Ping

Friday, September 6, 2013

Jumaat tiba lagi =)


Alhamdulillah, diberikan peluang buat kesekian kalinya lagi untuk berusaha memohon rahmat & keampunanNya. Seminggu yang berdosa, semoga terhapus bersih dengan amalan pada hari yang mulia ini.

Semakin tebalnya jahiliyyah & fitnah yang meliputi ummah pada hari ini, maka semakin kuatlah juga seharusnya pergantungan kita kepada Dia.

Mohon agar dikuat kembali antibodi iman & taqwa, agar seminggu hadapan yang penuh cabaran dapat diharungi lagi dalam siri mujahadah menentang virus syaitan & parasit nafsu yang tidak akan pernah berkesudahan, di sepanjang jalan menujuNya.


Hari baru adalah hadiah daripada Allah, peluang untuk melangsaikan hutang taubat atas dosa-dosa semalam.

Selamat memperbaharui hubungan dengan Tuhan, dan terus menaburkan khidmat bakti buat insan. Semoga setiap amal yang kita lakukan walau sekecil mana pun diterima oleh Allah, menjadi asbab untuk menjemput rahmat dan redhaNya, pemberat mizan dan menjadi tiket untuk ke SyurgaNya.

Tajdid niat dan mulakan dengan bismillah pada setiap pekerjaan. Usahakan untuk baca Al-Kahfi dan selawat pada hari Jumaat yang mulia ini.

Thursday, September 5, 2013

Dilema untuk memilih? Istikharahlah!

Bagaimana seharusnya sikap kita apabila berdepan dengan dua perkara yang hukumnya sama-sama harus, sama-sama baik, dan sama-sama bermanfaat, tetapi kita hanya boleh memilih satu?

Istikharahlah, kerana musuh perkara terbaik ialah perkara baik!

Pada Istikharah, ada kunci yang akan melapangkan dada, menenteramkan fikiran dan menstabilkan perasaan untuk membuat pilihan.

Kenangkan Kekasih Allah, Rasulullah s.a.w itu. Sungguhpun Baginda dikurniakan mukjizat, maksum daripada segala dosa, menerima wahyu dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kemuliaan, namun masih sudi sujud lewat istikharah, meletakkan dahi ke lantai tempat yang diinjak dan dipijak oleh kaki.

Mengapa? Kerana Baginda begitu rendah hati mengaku lemah, tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbaik untuk diri dan umatnya.

Istikharah lambang kelemahan disisi Tuhan, tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi kerenah manusia dan kehidupan.

Lalu, apakah lagi yang menghalang seorang hamba untuk pasrah dengan istikharah, selain daripada rasa sombong dan takburnya kepada Ilahi? Kononnya dia serba tahu, bijak, kuat dan mampu menghadapi segala kebuntuan dan kekeliruan. Inilah satu kebodohan yang disepadukan dengan satu kesombongan.

Mengaku kalah dan menyerahlah kepada Allah. Kita hanya hambaNya, pasrahlah dengan Istikharah!

- Ust Pahrol Mohamad Juoi, Solusi (42) –

Teruskan istikharah. Minta kekuatan dan keyakinan dari-Nya untuk membuat pilihan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Keep your faith on Him. :)

Tuesday, September 3, 2013

Sanah Helwah!



3 September 2013 = 22 years old already.

Angka hanya akan tinggal angka jika tidak dimanfaatkan semaksima mungkin. Kelak pasti akan ditanya olehNya, ke mana usiamu dihabiskan di dunia dulu?

Sungguh malu dengan para sahabat dan salafussoleh terdahulu, tatkala usia mencecah 20-an, telah banyak sumbangan yang diberikan untuk Islam, tapi kita?

"I prefer a short life with width to a narrow one with length" - Ibnu Sina

Lupakan masa silam yang kelam, mari bina masa hadapan yang lebih cerah. Dan bukan hanya masa depan di dunia, tetapi masa depan di akhirat sana.

Rahmat dan maghfirahNya terlalu luas jika dibandingkan dengan dosa kita, tetapi soalnya, adakah sudah cukup bersungguh untuk kita meminta dan mendapatkan dariNya? Sama2 muhasabah diri.

Nak selitkan jugak wish besday untuk abang yang disayangi. Sanah helwah yang ke-24 abe dinie! Semoga setiap detik dalam usia kita bernilai ibadah kepadaNya, Amin~

Kembar (Alia dan Adila) dan kembar lain tahun (Dinie dan Syamimi) :')

#Best jgk ada abang yang sama tarikh lahir. Meriah sikit bila nak celebrate. Untung2 dapat hadiah lagi. Nak kena balik rumah minggu ni, tuntut hadiah. Weeee~ ^^

#Hari ni dah selesai penyeliaan bersama pensyarah dan guru pembimbing untuk pengajaran Bahasa Arab. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bertambah kegembiraan untuk birthday kali ni. ^^