Friday, September 6, 2013

Jumaat tiba lagi =)


Alhamdulillah, diberikan peluang buat kesekian kalinya lagi untuk berusaha memohon rahmat & keampunanNya. Seminggu yang berdosa, semoga terhapus bersih dengan amalan pada hari yang mulia ini.

Semakin tebalnya jahiliyyah & fitnah yang meliputi ummah pada hari ini, maka semakin kuatlah juga seharusnya pergantungan kita kepada Dia.

Mohon agar dikuat kembali antibodi iman & taqwa, agar seminggu hadapan yang penuh cabaran dapat diharungi lagi dalam siri mujahadah menentang virus syaitan & parasit nafsu yang tidak akan pernah berkesudahan, di sepanjang jalan menujuNya.


Hari baru adalah hadiah daripada Allah, peluang untuk melangsaikan hutang taubat atas dosa-dosa semalam.

Selamat memperbaharui hubungan dengan Tuhan, dan terus menaburkan khidmat bakti buat insan. Semoga setiap amal yang kita lakukan walau sekecil mana pun diterima oleh Allah, menjadi asbab untuk menjemput rahmat dan redhaNya, pemberat mizan dan menjadi tiket untuk ke SyurgaNya.

Tajdid niat dan mulakan dengan bismillah pada setiap pekerjaan. Usahakan untuk baca Al-Kahfi dan selawat pada hari Jumaat yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment