Monday, December 30, 2013

Kembara ilmu


Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu adalah satu jalan dari jalan-jalan yang membawa ke syurga, kerana itu tiada siapa yang menempuhnya dengan mudah, melainkan perlunya mujahadah menghiasi jiwa.

Terkadang kita lupa, bahawa menuntut ilmu itu jauh lebih baik dari beribadah tanpa kefahaman, kerana jika benar ilmunya, maka lurus jugalah amalnya.

Terkadang kita lupa, bahawa kita sebagai hambaNya yang teristimewa telah dibekalkan kapasiti yang mencukupi untuk menerokai lautan ilmu Dia yang Maha Luas, maka tiada istilah tidak mampu, kerana jika diizinkanNya, maka tiada apa yang mustahil. Maka untuk itu pohonlah keberkatan ilmu kita.

Dan terkadang jua kita terlupa untuk meluruskan niat sepanjang bergelar penuntut ilmu, bukan hanya tika di permulaan perjalanan, tetapi bahkan di pertengahan dan pengakhirannya.

Akhirnya, semoga kita tidak akan lupa, bahawa menuntut ilmu itu, hakikatnya adalah untuk membawa kita mengenal Dia, mengejar cintaNya.



***
#Memulakan kembara ke bumi Terengganu untuk menempuh semester baru. Sudah bergelar pelajar tahun akhir, semester baru yang lebih mencabar pastinya. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami untuk menuntut ilmuMu ini. Kurniakan kami keikhlasan dan itqan dalam melakukan setiap perkara. Amin~

Thursday, December 26, 2013

Menghayati kalam cintaNya

|Tadabbur : Juzu’ 7|

Wahai diri, jangan berasa senang dan selesa, andai dikau merasakan bahawa engkau telah berjaya, apabila Allah izinkan perjalanan hidupmu lancar. Segala-galanya telah kau kecapi. Kau kira engkau telah berjaya, tapi justeru, adakah benar engkau telah berjaya?

Dan wahai diri, janganlah pula engkau berduka cita atau berputus asa, andai dalam kehidupan ini, Allah mendidikmu dengan kegagalan demi kegagalan. Tahukah kamu, penilaian kejayaan Allah tidak sama dengan penilaian manusia umumnya?

Hakikatnya, kejayaan sebenar adalah apabila engkau berjaya melangkahkan kaki ke dalam syurgaNya, beroleh redhaNya dan terbebas dari api neraka. Maka berdoa dan beramallah, semoga Allah memberikanmu kejayaan dan kemenangan sejati! Amin~

***

Allah berfirman : “Inilah saat orang yang benar memperoleh manfaat dari kebenarannya. Mereka memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha pada mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Itulah kemenangan yang agung” 
[Al-Maidah : 119]

“Barangsiapa yang dijauhkan dari azab atas dirinya pada hari itu, maka sungguh, Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan itulah kemenangan yang nyata” 
[Al-An’am : 16]

***

#Usai melihat keputusan exam semester lepas. Apa yang mampu dikatakan, Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullahi ‘ala kulli zanbi. Semoga diberi kekuatan olehNya untuk menjaga ayat2 hafazan dan mempertingkatkan lagi hafalan al-Quran. :') Semoga lebih berjaya pada semester akan datang. In shaa Allah~ 

One year left. Keep on fighting! ^_^

Wednesday, December 18, 2013

H.M ^_~

Bismillah.

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk post something di blog ni. Bila tgok balik post2 lama rasa blog ni dh jd macam rojak, sbb bercampur-aduk. Kejap post berilmiah, kejap pasal cintan-cintun/perasaan, kejap post ala2 diari yg crita mcm syok sendiri pon ada. Uhuk3. Tetiba rasa nk batuk plak. =D Tapi xpe la, saya menulis sekadar utk mengisi masa lapang. Boleh jadi kenangan utk masa akan datang. ^_^

Bagi spe2 yg baca blog ni, ada pesanan sikit utk korang. Bila baca entry2 kat blog ni amik yg mana baik je okay, yg buruk tu buang jauh2. Kalau rasa nak komen apa2, silakan. Tegur saya kalau ada apa2 yg salah. Saya ni hanya manusia biasa, terlalu byk kekurangan. Mohon maaf kalau ada coretan di blog ni yg mengguris perasaan atau menyinggung mana2 pihak. Sekadar menulis utk kepuasan diri + share apa2 yg dirasakan menarik. :') Hurm, kali ni tak nak taip panjang sangat. Cuma ingin kongsikan gambar2 Hayden Mirza a.k.a anak asuhan saya. Let's check it out. ^^

Hari pertama :')

Hari ketiga :')

1 bulan ++

2 bln ++ dh pandai tabik hormat. heee =D

3 bln ++ Hayden versi rambut pacak.
Yg ni pengasuh pnye kje. Ksian baby kena buli. ^^  

Umur 4 bln dh bwk baby gi mall.
Rasa mcm dukung ank sndiri plak. heee =D 

6 bln. Baby mai Kelate lawat pengasuh ^_~

7 bln ++ dh pndai baca buku. Rajin mengalahkan pengasuh. =D

Snap gmbr ni masa jd babysitter cti skola bln 3 ritu.
Baby dh pndai posing. Kononnya tough la bila buat gaya cmtu. =.=' 

9 bln ++ (cuti skola prtghn thn, Jun 2013) :')

This pic taken during Raya 2013.
3 Syawal 1434H ; baby Hayden already 1 year old. :') 


Latest Pictures

Senyum tak perlu kata apa-apa ^_~ 


Handsome boy :')

Jeling orang pon muka maintain comel+handsome.
Alahaiii, cair pengasuh tgok Hayden lama-lama. =D

Okay, tu je gambar yang dapat dikongsi. My baby makin lama, makin hensem nampaknya. :') Si kecil ni la yg buat pengasuh rindu yg teramat bila berpisah nanti. Tinggal 9 hari je lg nak main2 dengan budak comel ni. Semoga masa yg masih berbaki dapat digunakan sebaik mungkin utk tingkatkan skill jg budak. Bila dh ada pengalaman, senang la nak jaga anak sendiri. InshaaAllah suatu hari nanti. ^_~   

Sebenarnya tujuan share gmbr2 baby kat sini sbb hp dh rosak. Jd utk pastikn gmbr2 baby yg comel ni x hlg, sy post di blog. Senang nanti klu nk tgok. ^^ Kat atas ni antara gmbr yg dpt diselamatkan. Klu sblm ni laptop yg rosak, skrg hp pula. And now i'm a girl without memory. Byk gmbr2 lama yg dh hilang. Wuwuuu~ :'( 

Benda dh jd kan? So, lupakan je la. Kalau nangis pon bkn dpt blk gmbr2 yg hilang tu. Sekarang, masanya utk cipta memori baru. Mohon diri utk tabah! Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah. ^^ *Ayat pujuk hati. Nak jadi mak orang kena la matang kan? Heee~ =D

Okay, enough for now. InshaaAllah bila mood rajin dtg sy akn update lg. =D Till next entry, wslm 'alayk~

"Two things define you. Your patience when you have nothing and your attitude when you have everything." :')

Tuesday, December 17, 2013

How to educate your children?


Have you heard of the story - spilt milk? Well, we all know there is no use crying over spilt milk. But this story is different. I would hope all parents would respond in this manner.

I recently heard a story about a famous research scientist who had made several very important medical breakthroughs. He was being interviewed by a newspaper reporter who asked him why he thought he was able to be so much more creative than the average person. What set him so far apart from others?

He responded that, in his opinion, it all came from an experience with his mother that occurred when he was about two years old. He had been trying to remove a bottle of milk from the refrigerator when he lost his grip on the slippery bottle and it fell, spilling its contents all over the kitchen floor—a veritable sea of milk!

When his mother came into the kitchen, instead of yelling at him, giving him a lecture, or punishing him, she said, “Robert, what a great and wonderful mess you have made! I have rarely seen such a huge puddle of milk. Well, the damage has already been done. Would you like to get down and play in the milk for a few minutes before we clean it up?”

Indeed, he did. After a few minutes, his mother said, “You know, Robert, whenever you make a mess like this, eventually you have to clean it up and restore everything to its proper order. So, how would you like to do that? We could use a sponge, a towel, or a mop. Which do you prefer?” He chose the sponge and together they cleaned up the spilled milk.

His mother then said, “You know, what we have here is a failed experiment in how to effectively carry a big milk bottle with two tiny hands. Let’s go out in the back yard and fill the bottle with water and see if you can discover a way to carry it without dropping it.” The little boy learned that if he grasped the bottle at the top near the lip with both hands, he could carry it without dropping it. What a wonderful lesson!

This renowned scientist then remarked that it was at that moment that he knew he didn’t need to be afraid to make mistakes.

Instead, he learned that mistakes were just opportunities for learning something new, which is, after all, what scientific experiments are all about. Even if the experiment “doesn’t work,” we usually learn something valuable from it.

Wouldn’t it be great if all parents would respond the way Robert’s mother responded to him?

Monday, December 9, 2013

Mahar

Mahar atau dalam kata lain disebut mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". 
(Surah An-Nisaa' : 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." 
(Riwayat Bukhari)

Dari hadis di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya mas kahwin, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu :

Adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat Al-Quran? Lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah." 
(Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya." 
 (Riwayat Ahmad)


Semakin rendah mahar, semakin tinggi harga perempuan itu, kenapa begitu? Kerana dia mengutamakan apa yang Nabi s.a.w. sebutkan agar meringankan mahar. Apakah harga seorang yang mengutamakan dunia itu lebih tinggi berbanding orang yang cintakan Allah dan Rasulnya?

Jika tinggi mahar yang diletakkan, sudah tentu tidak menyenangkan hati lelaki kerana dia perlu 'membeli orang' yang dia akan bertanggungjawab penuh ke atasnya. Sedangkan mahar yang mudah itu akan menenangkan hati si lelaki, membuat dirinya terasa kehadiran dia disambut baik oleh keluarga baru.

Bukan semua lelaki yang datang melamar itu adalah kerana cinta kepada perempuan yang dilamarnya, bahkan hanya kerana cinta kepada Sunnah Kekasih Allah. Maka permudahkanlah maharmu menyambut pemuda yang mencintai Allah. ^_^

#Sekadar perkongsian buat bakal pengantin di luar sana. Maklumlah cuti sekolah ni banyak jemputan walimah. Giliran saya? Wallahua’lam. :')

Video khutbah nikah oleh TGNA. A very good reminder from Tok guru tentang tanggungjawab pernikahan dan cukup memudahkan dalam proses akad nikah. Tak perlu sebut nama dan jumlah mas kahwin pun. Harap ia akan menjadi trend satu masa nanti, bagi memudahkan lagi proses akad nikah. inshaaAllah. Tenang hati bila tengok wajah Tok guru. :')

"Good relationships do not just happen. They take time, patience, and two people who truly want to be together." ^^

Sunday, December 8, 2013

Aktiviti hujung minggu

Bismillah.

Assalamualaikum. Kaifa halukum? Moga semua baik2 saja. Hurm, tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Tapi bila dah xde kerja nak dibuat, blog la menjadi tempat untuk mengisi masa lapang. Story-mory sikit tentang apa yang dilakukan waktu cuti. Okay, untuk entri kali ni nak bercerita tentang aktiviti saya masa hujung minggu.

Sabtu 7/12/2013

Waktu pagi dihabiskan bersama baby Hayden di rumah. Setiap hari sabtu mama baby kerja half-day, jadi tengahari baru balik. Papa baby pulak outstation ke Vietnam minggu ni. Papa baby pergi sana 5 hari (selasa-sabtu). Sepanjang papa xde, baby tiap2 malam tidur awal. Baby sedih sangat sebab xde orang bawak keluar jalan2. Huuu~

Muka sedih lepas cakap tefon ngn papa.
Baby stress sebab dengar suara je, cari2 papa xde. huu

Okay sambung balik cerita. Lebih kurang pukul 2 petang mama baby sampai rumah. Dan yang seronok bila buka pintu adik saya yang belajar di Usim pon ada sama. Dia datang naik LRT. Terharu walaupun tengah busy dengan esaimen yang bertimbun-timbun adik datang jugak teman kakak. Thank you my dear! ^^

Tengah khusyu' duk tengok tv ngn baby, tetiba dengar orang buka pintu. Intai2 rupanya papa baby dah balik. Waktu tu +- pukul 3.30 petang. Papa baby balik naik teksi, kalau kami jemput nanti tak boleh claim. Heee ^_~ 

Sampai je rumah papa terus bawak baby keluar pergi mesyuarat taman perumahan. Mama baby dah pergi awal lagi. Tinggal la saya dan adik di rumah. Kami borak2 kejap, then dua2 tertido. Sedar2 mama baby datang kejut. Bila bangun nak tergelak pon ada, macam mana la boleh tertido. =D

Muka kepenatan. 

Malam --> Memandangkan papa baby baru balik dari outstation, jadi malam tu dia ajak kami makan kat luar. Lepas solat isya’ kami keluar ke IOI Mall. Sampai sana kami decide untuk makan di Nando’s. Menu utama kedai ni adalah ayam, tengok logo kedai pon dah boleh agak. =D Saya order grilled chicken burger + air sprite-lemonade je. Then mama baby tambah order ¼ grilled chicken untuk saya dan adik. Errr, memang kenyang makan malam tu. Nak jalan pon rasa dah tak larat. Huuu~

Makanan kat sini mahal. Boleh datang bila orang belanja je. ^_~

Bila dah siap makan kami jalan2 sekitar mall. Baby excited sangat setiap kali datang mall. Mungkin sebab kawasannya yg luas, jadi senang baby nak jalan. Plus baby memang suka tengok orang ramai. Bila jumpa orang je mesti dia senyum. Comel sangat! :’)

Senyummu menawan.. menawan..
Membuat hatiku tertawan.. ^^

Tengah jalan2 sambil main kejar2 ngn Hayden, then mama baby ajak kami ke Jusco. Ada sales katanya. Saya dan adik follow je. ^^ Sampai je Jusco mama baby suruh saya dan adik tengok2 kalau ada apa2 yang berkenan di hati. Mulanya saya dan adik fikir nak beli baju, tapi tak jumpa yang sesuai. Sebab mostly baju kat situ tak patuh syariah. Susah sangat nak jumpa baju muslimah kat mall. Huk3~

Last2, sebab dah tak tahu nak beli apa kami end up beli kasut. Again! Kalau minggu sebelumnya di Sunway Pyramid saya beli kasut untuk pakai bila keluar jalan2, kali ni saya beli kasut untuk pergi kuliah pula. Suka sangat beli kasut sebab kat sini banyak pilihan + ada macam2 jenama. Selalu kalau di Kelantan susah nak jumpa kasut yang betul2 berkenan, kalau jumpa pon bila tanya dah xde saiz. Nak buat macam mana bila kaki ‘cute’ sangat, boleh pakai saiz paling kecik je. Huuu~

Penat main kejar2 ngn budak tecik sorang ni.

Bila kami keluar je dari Jusco, tengok2 kawasan sekitar mall dah gelap. Kedai2 lain dah banyak yang tutup. Sepantas kilat saya tengok jam. Rupanya dah hampir pukul 11 malam, then tetiba senyum sorang2. Nak tergelak, orang dah nak tutup kedai kami baru nak balik. Sunway pyramid sebelum ni macam tu jugak. Heee~ =D

Mall yang paling dekat dengan rumah. :')
Credit : Google image. ^_~

Ahad 8/12/2013

Pagi --> Kami keluar breakfast di Hainan tea. Kali ni saya order mee tomyam + cold cocoa drink. Bila duk KL, dah jarang makan nasi time breakfast. Xde selera. Kalau kat rumah boleh dikatakan tiap2 pagi makan nasi. Rindu nak makan nasi kerabu ayam bakar. Wuwuu :(

Merenung ke luar jendela.. Masa otw balik.. :')

Habis makan kami terus balik rumah. Sampai rumah saya dan adik je yang turun, sebab mama papa n baby nak balik kampung di Rawang. Bila dah kunci pintu rumah, saya dan adik terus masuk bilik. Kami bukak laptop n online! Adik busy buat esaimen, kakak busy chatting. =D Ada la jugak tolong adik cari maklumat sikit2. Penghargaan sebab datang teman akak minggu ni. Heee~

Makanan tengahari kami. =D 

Petang --> Buat kerja rumah sikit ; angkat kain, lipat baju + kemas2 apa yg patut. Lepas isya’ mama papa n baby sampai, then kami terus ke Cheras. Hantar adik saya balik. Rumah adik tak jauh sangat, dalam setengah jam perjalanan dah sampai. ^^ Lepas hantar adik, kami terus balik rumah. Kesian baby dah tertido. Penat sangat seharian jalan2. :') Alhamdulillah pukul 10.30 kami selamat sampai rumah. Semua masuk bilik n Zzzzz~ -_-

Pejam celik pejam celik dah 3 minggu jadi babysitter. Bermakna lagi 3 minggu dah boleh balik rumah. Duk sini kerja bilang hari je. Bukan tak best duk sini, tapi dah rindu sangat nak jumpa family. Huuu~ Sabar2 kak long, tak lama dah. :’)

Oppss panjang pulak menaip, kalau dah mula bercerita memang susah nak berhenti. Heee =D Pengalaman jadi babysitter inshaaAllah akan diceritakan nanti bila dah balik rumah. :') Okay la setakat ini sahaja, till next entry. Wassalam.

Merasai diri lebih baik dari orang lain adalah petanda bagi penyakit hati. Pandanglah dengan pandangan yang baik walaupun kepada pelaku maksiat, mungkin suatu hari nanti dia bertaubat dan kedudukan dia lebih mulia di sisi Allah. "Hate the sin not the sinner." :')

Thursday, December 5, 2013

Qadha', Qadar dan Tawakkal

-Bismillahirrahmanirrahim-

Sambungan entri sebelum ni ; nota PIM 3112

***

[Qadha' dan Qadar]

Katakanlah (wahai Muhammad) : “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.”
(Surah at-Taubah ayat 51)

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(Surah al-Qamar ayat 49)

Daripada Jabir r.a. bahawa Nabi SAW bersabda : “Tidak dikira seseorang beriman sehingga ia percaya dan mengakui benarnya Qadha’ dan Qadar baik dan jahatnya dan sehingga ia menyakini bahawa apa yang ditakdirkan berlaku atau sampai kepadanya, tidak sekali- kali akan menyimpang daripadanya dan apa yang ditakdirkan menyimpang daripadanya, tidak sekali-kali akan berlaku atau sampai kepadanya.” 
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pengertian Qadha’

Bahasa : Hukum.

Istilah : Ketentuan atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atas makhluknya sejak azali lagi.

Pembahagian Qadha’

  • Qadha’ Mubram > Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu pun. Contoh ajal maut. 

Firman Allah s.w.t. bermaksud, “Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.”
(Surah al-An'am ayat 59)

  • Qadha’ Muallaq > Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contoh panjang umur ; bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain. 

Pengertian Qadar

Bahasa : Pelaksanaan.

Istilah : Pelaksanaan ke atas setiap ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Hidup manusia diatur sejak di alam rahim

Dari Anas, dari Nabi Muhamad sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah malaikat mendapat jawapannya) maka dia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” 
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

Takdir boleh berubah

Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.”
(Riwayat at-Tirmizi)

Contoh situasi salah faham tentang qadha’ dan qadar


“Sudah takdir saya dilahirkan sebagai pencuri.” 

“Nak buat macam mana? Sudah nasib aku tidak mendapat kerja. Terima sajalah...” 

Situasi di atas termasuk dalam kategori qadha’ muallaq iaitu ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara.

Sesuatu qadha’ yang ada pilihan, sama ada baik atau buruknya pilihan itu, adalah qada’ Allah dan qadar (buruk atau baik) cuma akan berlaku setelah pilihan itu dibuat oleh si pembuat pilihan. Seseorang itu tidak boleh menyalahkan qadar (takdir) buruk yang ditentukan oleh usaha dan pilihannya sendiri.

Kematian

Mati itu akan dirasai oleh semua yang bernyawa. Tetapi bagaimana kesudahan hidup kita adalah bergantung kepada amalan dan usaha kita.

Sebab itu kita disuruh berdoa, “Ya Allah, matikanlah kami di dalam keadaan husnul khatimah (sebaik-baik kesudahan) dan janganlah Kau matikan kami di dalam keadaan su’ul khatimah (kesudahan yang tidak baik).”

Mati itu adalah qadha’ dan bagaimana kesudahan hidup kita itu adalah qadar (takdir).

Menghadapi qadha’ dan qadar


• Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhluk-Nya.

• Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita.

Keperluan beriman kepada qadha’ dan qadar


• Menisbahkan kepada Allah atas segala yang berlaku di dunia ini.

• Beriman bahawa hanya Allah memiliki kuasa mutlak menentukan urusan dunia.

• Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlukan bantuan Allah.

• Supaya seseorang itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya

[Tawakkal]

Tawakkal bermaksud bersikap berserah diri kepada Allah s.w.t. dengan menyedari Allah adalah pencipta dan pentadbir bagi alam ini. Tidak ada daya dan kuasa melainkan miliknya yang mutlak.

Menurut Yusuf al Qardhawi : "Tawakkal ialah seorang manusia yang menyusun dan mengatur persiapan, persediaan, strategi dan daya usaha, kemudian dia menyerahkan hasilnya kepada Allah s.w.t."

"Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan yang hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya; dan cukuplah ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hambaNya".
(Surah al-Furqan : 58)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal".
(Surah at Taubah : 51)

***

Ok la setakat ini sahaja nota yang dapat saya kongsikan. Ringkas dan padat. Kalau nak penjelasan lebih lanjut boleh la rujuk buku2 di perpustakaan atau sumber2 lain yang boleh dipercayai. :')

Akhir kalam,

"Jangan biarkan setiap hari berlalu tanpa membaca atau mendengar ilmu baru. Ilmu itu penyuluh, tiket untuk kejayaan dunia dan akhirat." 

Semoga diri ini tidak pernah jemu dalam misi memperlengkapkan diri dengan ilmu. InshaaAllah. 

Keys off, wslm 'alaik~

Wednesday, December 4, 2013

Af'alullah dan Af'alul 'Ibad

-Bismillahirrahmanirrahim-

Assalamualaikum.
Kaifa halukum?
Diharapkan semua baik2 saja. Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit nota PIM 3112, Pengajian Aqidah yang dipelajari pada semester yang lalu. Dah habis sem baru nak kongsi? Sebenarnya dah lama ingin berkongsi, tapi sekarang baru berpeluang untuk taip semula apa yang dipelajari. Gaya macam busy sangat je. Huuu~ Tapi xpe la kan, better late than never omputih cakap. ^_~ Semoga nota ini bermanfaat untuk adik2 junior dan kepada yang membacanya. :') 

***

[Af'alullah]

Definisi

• Setiap kejadian yang berlaku di alam ini berdasarkan dengan kehendak dan iradat Allah Taala.

• Setiap manusia wajib beriman dan redha dengan segala ketetapan dan pelaksanaan Allah terhadap hambaNya. Kerana kuasa Allah adalah mutlak. Manusia juga wajib yakin dan percaya Allah melaksanakan segala-galanya dengan kuasa, ilmu, kehendak dan segala sifat kesempurnaanNya dan bukan secara sia-sia.

Contoh

• Kejadian siang dan malam

• Bencana alam

• Pasang surut lautan

Dalil

"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main." (Surah al-anbiya’ : 16)

Kekeliruan memahami konsep af’alullah

Zaman Rasulullah hingga zaman ulama’ khalaf

Umat Islam beriman pada qadha’ dan qadar tanpa ada persoalan. Mereka menerima Islam dengan hati yang ikhlas.

Apabila empayar islam berkembang

Berlaku perbahasan falsafah dan budaya lalu menimbulkan kekeliruan terhadap konsep af’alullah.

Antaranya mengenai pergerakan makhluk atau manusia. Adakah setiap gerakan tersebut atau kemahuan untuk melakukan sesuatu dikira sebagai perbuatan yang dijadikan Allah atau lahir daripada kudrat dan kekuasaan manusia itu sendiri?

Pendapat Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Allah memberi kuasa memilih kepada manusia berdasarkan kepada akal dan wahyu dalam melakukan sesuatu perkara atau perbuatan.

Namun, berlakunya sesuatu perkara atau perbuatan itu adalah dengan izin Allah.

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam." (Surah at-takwir : 29)

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai pilihan dan kehendak mereka sendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan perbuatan yang dijadikan oleh Allah.

Sekiranya Allah tidak menghendaki perkara itu terjadi, ia tidak akan terjadi dan itulah ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah.

[Af'alul ‘Ibad]

Definisi

Setiap perbuatan dan tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri.

Contoh

• Makan

• Minum

• Melayari facebook

Bahagian af’alul ‘ibad

• Ikhtiari : Sesuatu yang berlaku atas kemahuan dan kehendak manusia itu sendiri seperti beribadah, makan, tidur.

• Ijbari : Sesuatu yang berlaku bukan atas kehendak dan kemahuan manusia itu sendiri seperti bersin, cacat anggota, warna kulit.

Pendapat berkenaan af’alul ‘ibad

• Ahli Sunnah Wal Jama’ah : Allah swt menjadikan kudrat dan iradat kepada manusia, dan mereka diberi kuasa memilih untuk melakukan perkara tersebut dengan izin Allah swt.

• Qadariah : Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu perbuatan tanpa ada sebarang hubungan dengan Allah.

• Mu’tazilah : Manusia berkuasa penuh melakukan sebarang perbuatan dengan kudrat dan iradat yang diberikan oleh Allah swt.

• Jabariah : Semua perbuatan adalah dengan kehendak Allah swt semata-mata. Manusia tiada kuasa langsung dalam sesuatu perbuatan.

***

Oppss panjang sangat dah ni. InshaaAllah, nota akan disambung pada entri seterusnya. Keep on reading! :')

 Mantap aqidah, kukuh agama. :')

Saturday, November 30, 2013

Cinta hati

Merindui kalian, semoga Allah merahmati ummi dan abah selamanya.

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
perindahkanlah ucapanku di depan mereka
lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
lembutkan hatiku untuk mereka.


Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan pahala yang besar 
atas kesayangan yang mereka limpahkan kepadaku
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah. 

Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,

Bila maghfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua  dapat berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung, 
serta anugerah yang tak berakhir dan 
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin ya Robbal 'Alamin.

#Kutitip kalian cinta hatiku dalam hangat pelukanNya. Tiada di mata, namun tak pernah lelah melukis wajah kalian dalam ingatan. Lisan takkan bisu meniupkan doa buat kalian. Fi amanillah. Khair, inshaaAllah.

Friday, November 29, 2013

Senyum itu sedekah :')

Budak comel ^^

Apabila kita senyum dan ketawa, kita tidak pernah berasa sedih. Sewaktu kita senyum, kita tidak akan ingat pada perkara silam dan sedih. Kemurungan kita juga hilang. Sewaktu kita ketawa, kita tidak terfikir apa yang akan berlaku esok, minggu depan atau masa akan datang. Sewaktu kita senyum, hati tetiba terasa riang. Apabila kita melihat orang senyum pada kita, kita terikut gembira dan senyum bersama.

Ini kerana senyum dan ketawa akan menghasilkan penawar di air liur yang mengubatkan duka, menenangkan minda dan membawa manusia kembali ke saat ini, bahawa saat ini sahajalah apa yang kita ada.

Penawar ini begitu kuat dan ajaib, sehinggakan orang yang melihat kita senyum dan ketawa turut menghasilkan penawar yang sama. Inilah sebabnya mengapa senyuman itu adalah satu sedekah yang mulia.


"Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai ; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh."

(Surah An-Naml : 19) 

Oleh itu, senyumlah selalu ; semasa bersama dengan keluarga, semasa bercakap dengan sahabat, semasa di kelas atau di tempat kerja. Namun harus diingatkan semuanya harus dilakukan dalam keadaan kesederhanaan. :')


Sumber : Buku motivasi "Senyumlah" karya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Wednesday, November 27, 2013

I need You because I love You

Amat besar bezanya antara ungkapan, “aku cinta kamu kerana memerlukan mu” dengan “aku perlukan kamu kerana aku mencintai mu.” Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya. Itulah cinta yang ikhlas.

Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita mesti memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan kita mencintaiNya hanya pada ketika-ketika kita memerlukanNya. Itu cinta yang palsu. Cinta yang berfokus pada kepentingan diri bukan kepada Allah, zat yang mesti kita cintai.

Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, sakit dan miskin, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlaknya. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik sahaja masalahnya selesai, apa yang dihajati telah tercapai, dia kembali lalai, kufur dan derhaka. Tuhan diperlukan hanya pada waktu-waktu terdesak sahaja. Apabila senang Tuhan kembali dipinggirkan dan dilupakan. Apakah ini yang dikatakan cinta?

Ibadah orang yang mencintai Allah hanya ketika sedang terdesak sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya, dia alpa. Sebaliknya, jika yang dimintanya tidak kunjung tiba dia jadi kecewa, marah dan putus asa. Mengapa Tuhan tidak memperkenankan doa ku? Mengapa setelah lama aku berbuat baik keadaan ku masih begini? Dia seakan mendesak, bahkan memaksa dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajatnya. Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia adalah peminta yang ego.

Allah berfirman: “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir. (Al Ma’arij: 19-21). Jangan, jangan begitu. Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini sewaktu senang, “Barang siapa yang ingin ditolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyakanlah berdoa di saat lapang (senang).” (HR Tirmidzi) . Ingatlah pesan Rasulullah SAW ini ketika susah, “”Ya Allah! Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat.” (Abu Daud) ” Justeru, jika benar cintakan Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah.

Jangan samakan keperluan kita kepada Tuhan dengan ‘lampu Aladin’. Digosok dan didakap hanya apabila diperlukan. Kita beribadah, bukan kerana-kerana yang lain tetapi semata-mata kerana mengharap wajah Allah. Kita mencinta Allah kerana kita memang mencintaiNya, bukan kerana mencintai diri kita. Lalu Allah akan sentiasa di hati kita, sewaktu senang dan susah, sewaktu sempit dan lapang, sewaktu di atas atau di bawah. Inilah cinta tanpa syarat.

Itulah cinta sejati. Cinta yang menafikan kepentingan dan keperluan diri demi yang dicintai. Mereka tidak sekali-kali tega untuk ‘menduakan’ cinta dengan selainnya. Tidak ada syirik dalam akidah dan ibadah, kerana dalam hati mereka yang satu hanya ada cinta yang satu (Allah). Cinta orang mukmin hanya untuk Allah. Itu bukan cinta biasa, tetapi cinta luar biasa kerana terlalu cinta. Firman Allah:” Dan orang mukmin itu tersangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah 165).

Dalam hati itu mana mungkin ada riyak dan suma’ah? Puji dan keji manusia tidak menjejaskan hati. Mereka bebas daripada kongkongan dunia luaran. Mereka bebas daripada belenggu ‘tuhan-tuhan kecil’ (kepentingan duniawi dan penghargaan manusia) untuk mengabdikan diri sepenuh dan seluruhnya kepada Allah.

Masalah manusia dari dahulu sehingga sekarang bukan kerana tidak ada Tuhan tetapi kerana terlalu banyak ‘Tuhan’. Terlalu banyak ‘Tuhan’ menyebabkan kita keliru dan buntu dalam hidup. Kita sukar membuat pilihan dan keputusan yang tepat dan cepat kerana terlalu banyak yang kita pertimbangkan. Sebaliknya, ikhlas itu bebas. Jika hati tulus, jalan hidup akan lurus. Hati tidak akan mudah terganggu oleh kerenah manusia. Itulah hati yang bahagia. Dalam hati itu sentiasa ada bisikan, “Ya Allah, aku memerlukan mu kerana aku mencintai mu!”

Credit : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Ya Robbi, Engkau adalah sebagaimana yang aku cintai.
Bantulah aku untuk menjadi hamba sebagaimana yang Kau cintai.

Saturday, November 23, 2013

Twins ^_^

Bismillah.

Assalamualaikum. Oopps, update blog lagi? Sekadar mengisi masa terluang. Hujung minggu macam ni tetiba teringat rumah. Alahai, baru seminggu kat sini dah homesick. Ada sebulan lebih lagi, mohon diri untuk kuat! Jangan nak manja sangat, malu kat baby. -_-

Tadi masa duk godek2 album family, terjumpa gambar saudara-mara yang kembar. Jadi kali ni nak cerita serba sedikit tentang mereka. Lepas ni kalau orang tanya pasal keturunan kembar, suruh baca blog ni je la. Heee~ =D

#1 Alia & Adila


They’re my twin sisters. Mereka kembar seiras. Sampai sekarang saudara-mara asyik tertukar je yang mana satu Alia dan yang mana Adila. Huuu~

Mereka sangat pemalu bila bersama dengan orang yang tak dikenali. Tapi kalau dah kenal, dua orang ni la yang paling banyak cakap. Sampai penat orang yang mendengar, banyak sangat ceritanya. Ni la penyebab kakak jadi homesick. Tiap2 hari telefon tanya bila kakak nak balik. Sobs3 :'(

#2 Arash & Asyraf


Kembar tak seiras. Nama Muhammad Arash Danish dan Muhammad Asyraf Danish. Lahir bulan Februari tahun 2004. Kalau ikutkan mereka beza 3 bulan je dengan adik kembar saya. Tapi sebab lahir tahun yang berbeza, masuk sekolah pun tahun lain2. Sekarang Arash dan Asyraf darjah tiga, 9 tahun dah. *Sorry takde gambar latest.

Arash dan Asyraf ni anak kepada sepupu saya, abang Faisal. Walaupun dah taraf 'anak', mereka panggil saya kak mimi, bukan makcik. Mungkin sebab saya belum ada anak saudara + umur mereka lebih kurang sama dengan adik bongsu saya. Terasa muda bila anak sepupu panggil kakak. *winked ^_~

Mereka berdua tersangat la aktif. Tak boleh duk diam, ada je benda yang nak dibuat . Sama macam baby Hayden yang saya jaga sekarang. Budak lelaki memang macam tu kot. Sabar je la. =.='

#3 Farhana & Farhani 


Kembar seiras. Kalau tak silap umur Farhana dan Farhani sekarang dah 7 tahun. Kurang pasti sebab dah lama tak jumpa. Hana dan Hani anak kepada sepupu ummi, abang Rozi. Kira mereka ni dua pupu saya la kan? Hehe~

Mereka berdua sangat comel, tetapi agak pemalu. Mungkin sebab kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun masa raya je. Huuu~

#4 Fahim & Fahmi


Kembar seiras. Mereka ni adik kepada Farhana dan Farhani. Maknanya abang Rozi ada 2 pasang anak kembar. Ohh sangat bertuah, isterinya mengandung dua kali terus dapat empat orang anak. :') Suka sangat bila dapat anak kembar, rasa macam beli barang yang ada promosi ‘beli 1 percuma 1’ bak kata ummi. Heee~ =D

Mereka berdua sangat comel macam kakak2nya jugak. ^^ Beza umur Fahim dan Fahmi dengan Hana dan Hani tak jauh sangat, dalam 2 tahun lebih. Sekarang umur Fahim dan Fahmi dah 5 tahun. Sebab seingat saya kali pertama jumpa mereka waktu raya tahun 2008. Masa tu si kembar ni baru lahir. *Sila rujuk gambar di atas. :')

#5 Adnin & Adleen


Kembar seiras. Nama Nur Damia Adnin dan Nur Damia Adleen. Anak kembar sulung sepupu saya, abang Naza. Lahir bulan Oktober tahun 2011. Sekarang Adnin dan Adleen dah dua tahun lebih, mereka baru je dapat adik lelaki bulan puasa hari tu. Dah jadi kak long dan kak ngah. ^^ Bertubuh kecil molek macam ibunya. Last kami jumpa masa raya hari tu. Bila besar makin comel si kembar ni. Geram je tengok, rasa nak cubit2 pipi tu. Hehe~ :')

Adnin, Adleen, Alia dan Adila bergambar bersama Abg Wafi & Abg Dinie (yang ni pun orang ingat kembar jugak) =D

#Ok yang ni je gambar pasangan kembar yang ada dalam laptop saya. Kembar yang lain semua dah besar, taraf pakcik saya dah. Huuu~

#Saudara-mara kembar semua dari keluarga sebelah ummi, keluarga abah belum ada lagi.

#Keturunan kembar dah ada, peluang nak dapat anak kembar tinggi nampaknya. InshaaAllah ada rezeki nanti boleh dapat anak kembar jugak.*Tak habis2 berangan, kawen pon tak lagi. Haish~ *_*

Thursday, November 21, 2013

Untuk adik bongsu si kembar :’)

Bismillah.

Assalamualaikum. Kembali berkongsi cerita di blog, setelah hampir seminggu bercuti. Dah berwajah baru nampaknya, pink-purple. ^_~ Entri kali ni ditujukan khas untuk adik bongsu tersayang, si kembar. :')

Teringat kisah masa ummi mengandungkan adik kembar. Ummi langsung tak tahu yang masa tu dia tengah membawa dua nyawa dalam perutnya. Hinggalah bila usia kandungan ummi sudah mencecah tujuh bulan. Waktu tu ummi kena tahan di hospital sebab diabetes @ kencing manis tinggi sangat. Alang2 dah ditahan di wad, nurse pun scan la perut ummi. Sangat teruja bila dapat tahu ummi mengandung baby kembar. Masa tu ummi tak cakap pun lelaki ke perempuan. Surprise la kononnya. Heee~ =D

Lepas daripada tu saya, abah dan adik2 yang lain terus ke mall untuk beli baju baby. Bila tahu kembar kena beli baju extra la kan? ;) Disebabkan tak tahu jantina baby, jadi kami beli je baju yang tak nampak macam boyish @ girlish sangat (dua2 boleh pakai). ^^ Ummi masih di wad masa tu. Selang beberapa hari di hospital, ummi mengadu sakit perut. Ingatkan sakit biasa je, bila doktor check rupanya 'jalan' dah terbuka. Maknanya dah sampai masa untuk bersalin. Huuu~

21 November 2003

Pada hari jumaat yang mulia, lahirlah 2 bunga dalam taman keluarga Encik Ab Halim Fauzi dan Puan Rosnani. Sepasang puteri penyeri buat keluarga kami, Nur Hani Adila dan Nur Hani Alia. Penutup yang indah buat ummi yang melahirkan. 10 kali mengandung dapat hadiah extra seorang puteri dari Allah. :') 

Memandangkan saiz fizikal ummi yang kecil, jadi tak dapat nak tampung dua baby yang terlampau berat. Sebab tu la adik lahir tak cukup bulan. Kalau ikutkan due date sebenar adik sepatutnya lahir bulan 1. Takpe la dik, asalkan adik lahir dengan selamat itu pun dah cukup menggembirakan kami. Kalau nak tunggu 9 bulan tak tahu la besar mana perut ummi. Membesar kat luar ye dik! Heee~ ^_^

21 November 2013

Pantasnya masa berlalu, kini kalian telah meningkat dewasa wahai adik kembarku sayang. Tak tahu kenapa, bila teringat kat adik, kakak jadi rasa sedih. Mungkin selama ni, kakak masih belum cukup mengenali adik berdua. Kakak masih belum cukup menghabiskan masa-masa berkualiti dengan adik. Kakak masih belum menunaikan hak kamu berdua sebagai adik dengan sebaiknya. Maafkan kakak ye dik? T_T

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10 adik kembarku sayang. Harapan kakak, agar kalian membesar menjadi wanita solehah. Di dunia ini, mana-mana kakak pun, pasti menginginkan yang terbaik buat adik-adik mereka. Begitu juga dengan kakak, kakak mengharapkan yang terbaik buat adik kembar kakak. Jangan diulangi kesilapan-kesilapan yang kakak lakukan selama ini. Jadilah insan yang lebih baik dari kakak. Dan kakak yakin, adik kembar kakak pasti boleh. Both of you are such a sweet and demure sisters. You have a very bright future dear, so please don't spoil it.

Akhirnya, pesanan kakak buat adik berdua, agar jagalah solat dengan sebaiknya. Manfaatkan segala ilmu agama yang adik dah belajar di sekolah dan di kelas mengaji. Jadilah anak yang solehah buat ummi dan abah, adik yang baik buat kakak, kak yeen dan tujuh orang abang yang lain.

Belajarlah bersungguh-sungguh ye dik, kemudian jangan malas untuk menghafaz al-Quran. Adik masih muda, masih punya banyak peluang dan masa untuk menghafaz al-Quran. Jangan jadi macam kakak, bila dah tua macam ni baru nak merangkak-rangkak menghafaz al-Quran. Sangat rugilah bila masa muda dihabiskan begitu sahaja.

Kakak harap adik baca apa yang kakak tulis ni. InshaaAllah, adik berdua sentiasa dalam ingatan dan doa kakak, sepertimana jua ummi, abah dan adik-beradik kita yang lain.

Take good care of yourself dear. Kalau adik perlukan apa-apa dari kakak, just tell me okay? Don't hesitate because i'll always be by your side.

As for your birthday present, adik nak apa? Nanti kakak belikan, tapi inshaaAllah adik hanya akan dapat hadiah tu bila kakak balik rumah nanti.

Till then, wassalam.

Yang menyayangi dan merinduimu,

-Kakak-

I may not have said it often, but just want to let you know
"I am happy and blessed to have both of you as my sisters. Happy 10th birthday." :')

#Sorry kalau gaya bahasa yang kakak guna kurang sesuai dengan umur adik. InshaaAllah satu hari nanti adik akan faham apa yang kakak cuba sampaikan. :')

Wednesday, November 13, 2013

Tamat semester 6

Bismillah..

Alhamdulillah pagi tadi selesai menjawab exam terakhir untuk semester 6, kertas PIM 3112 Pengajian Aqidah. Secara keseluruhannya exam semester kali ini agak mencabar kalau dibandingkan semester2 sebelumnya. Makin senior, soalan makin susah. Mungkin sebab nak tingkatkan tahap pemikiran kami. =D

‘Ala kulli hal syukur kepada Allah kerana memberi kemudahan kepada saya untuk menjawab kesemua soalan. Betul ke salah hanya mampu bertawakkal. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik natijah atas segala usaha yang telah dilakukan. ^_^


Alhamdulillah selamat tiba di rumah maghrib tadi. Esok bermulalah cuti akhir semester, dapat cuti sebulan lebih. Tiba masa untuk uruskan diri, kembali recharge semangat dan kuatkan kembali fizikal yang lemah (sudah 4 hari diuji dengan demam). Moga cepat2 ok, lepas ni dah nak mula bertugas sebagai babysitter. *_*

Cuti ini juga masa terbaik untuk kembali menautkan ukhuwwah dan memperbaiki hubungan sesama manusia. Moga dapat memanfaatkan sebaik mungkin cuti kali ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan ahli keluarga dan sahabat2. Yang mana jauh kita dekatkan, yang mana dekat tambah eratkan lagi. Heee~ ;)

Selamat bercuti kawan2! :')

Ok, dah tak tahu nak taip apa. Otak penat, fizikal lelah. Tiba masa untuk berehat, sebelum kembali memulakan langkah. Moga hari esok lebih baik. Lailan sa'ida, wassalam~

*Esok 10 Muharram (hari 'Asyura). Yok sama2 puasa sunat! =)

Saturday, November 9, 2013

SPPBS =.='

Bismillah...

Alhamdulillah akhirnya selesai jugak masukkan band2 untuk murid2 my beloved ummi. Ada 6 kelas, 10 subjek dan bilangan murid 27-40 orang satu kelas. *Ramainyerrr.....

Sebelum ni ingatkan dah siap, tup2 pagi tadi ummi mintak tolong buat lagi sekali. Hari ni seharian duk mengadap laptop je la. Dengan server yg kejap ok kejap x ok, memang menguji kesabaran betol. Huuu~ >.<

Tengah semangat masukkan band, tetiba keluar benda ni. Ohh sgt stress. --'


Siap bagi amaran lagi. -_-

Last subject untuk key in band ; Dunia Muzik Tahun 1 Pintar. :')

Alhamdulillah line internet kat rumah ni ok, kalau guna wireless IPG tahun depan belum tentu siap rasanya. Heee~ =D Sambil2 masukkan band tadi, ummi jadi peneman kat sebelah duk bercerita. ^^ Ummi cakap kawan2 dia yang lain ada yang bangun pukul 3@4 pagi semata-mata nak settle sppbs ni, tapi tak boleh sebab ada masalah nak akses page sppbs. Tiap kali log in, tetiba je terlog out sendiri.

Bila dah jadi macam tu, encik suami cakap la ; "Bukan main semangat lagi bangun awal pagi untuk sppbs. Kalaulah boleh bangun tahajjud macam tu jugak kan bagus." Whoaaa, sentap ok!

Tetiba dalam hati berbisik ; Ehem cik abang, apa kata awak tolong jadi imam. Bertambah semangat sikit si isteri nak bangun tahajjud. Nak sama2 masuk syurga kan? Jadi kenalah sama2 berlumba ke arah mengerjakan kebaikan. Fastabiqul khairaat. ^_~


p/s : Yang tak kawen lagi tu kena mujahadah sendiri la ye untuk bangun tahajjud. Tak pun mintak tolong roomate kejutkan pon boleh. ;)

Akhir kata, erti hidup pada memberi. Permudahkan urusan orang lain, inshaaAllah urusan kita akan dipermudah. :') Wassalam~

Friday, November 8, 2013

Antara dua kasih

Munsheed : Unic

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan 
Kasih Ilahi tiada bersempadan 
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhaan Tuhan
Jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanyalah sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

#Tidak ada manusia yang sunyi dari ujian. Dan ujian itu datang dalam pelbagai wajah. Emosi dan rasa hati juga adalah suatu bentuk ujian yang perlu dihadapi dan dikendalikan dengan penuh kematangan. Teruskan berdoa, yakin pada janjiNya. Allahu yuqowwi ukhti! Khair inshaaAllah. :')

Thursday, November 7, 2013

Sayyidul ayyam~


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu hari jumaat yang mulia. Kali pertama bagi tahun 1435H. Semoga tahun baru ini lebih baik buat agama, dunia dan akhirat kita.

Semoga Allah terus melimpahkan hidayah dan taufiqNya buat kita, serta meminjamkan kekuatan untuk kita menanggalkan karat-karat jahiliyyah dan berjuang untuk kehidupan yang lebih baik di sini dan di sana inshaaAllah.

Ayuh hargai nikmat dan peluang yang diberikan Allah dengan terus meningkatkan iman dan amal soleh. Banyakkan berselawat dan jangan lupa baca surah al-Kahfi ye! :')

---------------------------------------------------------------------------------

A German proverb says:

"To change and to change for the better are two different things"

But did you know something? How sure you are that things around us is going to change? can you guarantee that everything will stay the same for the next 3-5 years? And how sure you are the things around me will change and force me to change too?

Remember Allah The Almighty has said :

"And we will surely test you with something of fear and hunger and the lost of wealth and lives and fruits, but give glad tidings to the patient [Al-Baqarah 2 : 155]

but in the same surah Allah has said :

"Allah doesn't burden a soul beyond its capacity [Al-Baqarah 2 : 286]

First our Lord warned us beforehand the test of change that we will face. Then He told us not to worry because it won't be something that we couldn't handle.

Perhaps we should ponder upon what Aeschylus says:
"I am not afraid of storms, for I am learning to sail my ship"

So my friends, for this Hijrah New Year lets us face upon all the changes that happen around us. Rather than being afraid toward something, doesn't it better for us to change to challenge that 'thing'?

What we ever need is our holy book al-Quran, sunnah, vision and determination to face another year in our live inshaaAllah.

Kullu 'am wa antum bikhoir ^.^