Thursday, December 26, 2013

Menghayati kalam cintaNya

|Tadabbur : Juzu’ 7|

Wahai diri, jangan berasa senang dan selesa, andai dikau merasakan bahawa engkau telah berjaya, apabila Allah izinkan perjalanan hidupmu lancar. Segala-galanya telah kau kecapi. Kau kira engkau telah berjaya, tapi justeru, adakah benar engkau telah berjaya?

Dan wahai diri, janganlah pula engkau berduka cita atau berputus asa, andai dalam kehidupan ini, Allah mendidikmu dengan kegagalan demi kegagalan. Tahukah kamu, penilaian kejayaan Allah tidak sama dengan penilaian manusia umumnya?

Hakikatnya, kejayaan sebenar adalah apabila engkau berjaya melangkahkan kaki ke dalam syurgaNya, beroleh redhaNya dan terbebas dari api neraka. Maka berdoa dan beramallah, semoga Allah memberikanmu kejayaan dan kemenangan sejati! Amin~

***

Allah berfirman : “Inilah saat orang yang benar memperoleh manfaat dari kebenarannya. Mereka memperoleh syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha pada mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Itulah kemenangan yang agung” 
[Al-Maidah : 119]

“Barangsiapa yang dijauhkan dari azab atas dirinya pada hari itu, maka sungguh, Allah telah memberikan rahmat kepadanya. Dan itulah kemenangan yang nyata” 
[Al-An’am : 16]

***

#Usai melihat keputusan exam semester lepas. Apa yang mampu dikatakan, Alhamdulillahi ‘ala kulli hal wa astaghfirullahi ‘ala kulli zanbi. Semoga diberi kekuatan olehNya untuk menjaga ayat2 hafazan dan mempertingkatkan lagi hafalan al-Quran. :') Semoga lebih berjaya pada semester akan datang. In shaa Allah~ 

One year left. Keep on fighting! ^_^

No comments:

Post a Comment