Wednesday, December 4, 2013

Af'alullah dan Af'alul 'Ibad

-Bismillahirrahmanirrahim-

Assalamualaikum.
Kaifa halukum?
Diharapkan semua baik2 saja. Entri kali ini saya nak berkongsi sedikit nota PIM 3112, Pengajian Aqidah yang dipelajari pada semester yang lalu. Dah habis sem baru nak kongsi? Sebenarnya dah lama ingin berkongsi, tapi sekarang baru berpeluang untuk taip semula apa yang dipelajari. Gaya macam busy sangat je. Huuu~ Tapi xpe la kan, better late than never omputih cakap. ^_~ Semoga nota ini bermanfaat untuk adik2 junior dan kepada yang membacanya. :') 

***

[Af'alullah]

Definisi

• Setiap kejadian yang berlaku di alam ini berdasarkan dengan kehendak dan iradat Allah Taala.

• Setiap manusia wajib beriman dan redha dengan segala ketetapan dan pelaksanaan Allah terhadap hambaNya. Kerana kuasa Allah adalah mutlak. Manusia juga wajib yakin dan percaya Allah melaksanakan segala-galanya dengan kuasa, ilmu, kehendak dan segala sifat kesempurnaanNya dan bukan secara sia-sia.

Contoh

• Kejadian siang dan malam

• Bencana alam

• Pasang surut lautan

Dalil

"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main." (Surah al-anbiya’ : 16)

Kekeliruan memahami konsep af’alullah

Zaman Rasulullah hingga zaman ulama’ khalaf

Umat Islam beriman pada qadha’ dan qadar tanpa ada persoalan. Mereka menerima Islam dengan hati yang ikhlas.

Apabila empayar islam berkembang

Berlaku perbahasan falsafah dan budaya lalu menimbulkan kekeliruan terhadap konsep af’alullah.

Antaranya mengenai pergerakan makhluk atau manusia. Adakah setiap gerakan tersebut atau kemahuan untuk melakukan sesuatu dikira sebagai perbuatan yang dijadikan Allah atau lahir daripada kudrat dan kekuasaan manusia itu sendiri?

Pendapat Ahli Sunnah Wal Jama’ah

Allah memberi kuasa memilih kepada manusia berdasarkan kepada akal dan wahyu dalam melakukan sesuatu perkara atau perbuatan.

Namun, berlakunya sesuatu perkara atau perbuatan itu adalah dengan izin Allah.

"Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam." (Surah at-takwir : 29)

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai pilihan dan kehendak mereka sendiri dalam melakukan sesuatu perkara dan perbuatan yang dijadikan oleh Allah.

Sekiranya Allah tidak menghendaki perkara itu terjadi, ia tidak akan terjadi dan itulah ketentuan yang ditakdirkan oleh Allah.

[Af'alul ‘Ibad]

Definisi

Setiap perbuatan dan tindakan manusia bergantung kepada usaha dan ikhtiar manusia sendiri.

Contoh

• Makan

• Minum

• Melayari facebook

Bahagian af’alul ‘ibad

• Ikhtiari : Sesuatu yang berlaku atas kemahuan dan kehendak manusia itu sendiri seperti beribadah, makan, tidur.

• Ijbari : Sesuatu yang berlaku bukan atas kehendak dan kemahuan manusia itu sendiri seperti bersin, cacat anggota, warna kulit.

Pendapat berkenaan af’alul ‘ibad

• Ahli Sunnah Wal Jama’ah : Allah swt menjadikan kudrat dan iradat kepada manusia, dan mereka diberi kuasa memilih untuk melakukan perkara tersebut dengan izin Allah swt.

• Qadariah : Manusia berkuasa penuh melakukan sesuatu perbuatan tanpa ada sebarang hubungan dengan Allah.

• Mu’tazilah : Manusia berkuasa penuh melakukan sebarang perbuatan dengan kudrat dan iradat yang diberikan oleh Allah swt.

• Jabariah : Semua perbuatan adalah dengan kehendak Allah swt semata-mata. Manusia tiada kuasa langsung dalam sesuatu perbuatan.

***

Oppss panjang sangat dah ni. InshaaAllah, nota akan disambung pada entri seterusnya. Keep on reading! :')

 Mantap aqidah, kukuh agama. :')

No comments:

Post a Comment