Monday, December 9, 2013

Mahar

Mahar atau dalam kata lain disebut mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka". 
(Surah An-Nisaa' : 4)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." 
(Riwayat Bukhari)

Dari hadis di atas nyatalah bahawa mas kahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang, barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya mas kahwin, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu :

Adakah pada engkau (hafaz) sedikit daripada ayat Al-Quran? Lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah. Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Mas kahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan mas kahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah." 
(Riwayat Abu Daud)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya." 
 (Riwayat Ahmad)


Semakin rendah mahar, semakin tinggi harga perempuan itu, kenapa begitu? Kerana dia mengutamakan apa yang Nabi s.a.w. sebutkan agar meringankan mahar. Apakah harga seorang yang mengutamakan dunia itu lebih tinggi berbanding orang yang cintakan Allah dan Rasulnya?

Jika tinggi mahar yang diletakkan, sudah tentu tidak menyenangkan hati lelaki kerana dia perlu 'membeli orang' yang dia akan bertanggungjawab penuh ke atasnya. Sedangkan mahar yang mudah itu akan menenangkan hati si lelaki, membuat dirinya terasa kehadiran dia disambut baik oleh keluarga baru.

Bukan semua lelaki yang datang melamar itu adalah kerana cinta kepada perempuan yang dilamarnya, bahkan hanya kerana cinta kepada Sunnah Kekasih Allah. Maka permudahkanlah maharmu menyambut pemuda yang mencintai Allah. ^_^

#Sekadar perkongsian buat bakal pengantin di luar sana. Maklumlah cuti sekolah ni banyak jemputan walimah. Giliran saya? Wallahua’lam. :')

Video khutbah nikah oleh TGNA. A very good reminder from Tok guru tentang tanggungjawab pernikahan dan cukup memudahkan dalam proses akad nikah. Tak perlu sebut nama dan jumlah mas kahwin pun. Harap ia akan menjadi trend satu masa nanti, bagi memudahkan lagi proses akad nikah. inshaaAllah. Tenang hati bila tengok wajah Tok guru. :')

"Good relationships do not just happen. They take time, patience, and two people who truly want to be together." ^^

No comments:

Post a Comment