Thursday, September 5, 2013

Dilema untuk memilih? Istikharahlah!

Bagaimana seharusnya sikap kita apabila berdepan dengan dua perkara yang hukumnya sama-sama harus, sama-sama baik, dan sama-sama bermanfaat, tetapi kita hanya boleh memilih satu?

Istikharahlah, kerana musuh perkara terbaik ialah perkara baik!

Pada Istikharah, ada kunci yang akan melapangkan dada, menenteramkan fikiran dan menstabilkan perasaan untuk membuat pilihan.

Kenangkan Kekasih Allah, Rasulullah s.a.w itu. Sungguhpun Baginda dikurniakan mukjizat, maksum daripada segala dosa, menerima wahyu dan mempunyai pelbagai kelebihan dan kemuliaan, namun masih sudi sujud lewat istikharah, meletakkan dahi ke lantai tempat yang diinjak dan dipijak oleh kaki.

Mengapa? Kerana Baginda begitu rendah hati mengaku lemah, tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbaik untuk diri dan umatnya.

Istikharah lambang kelemahan disisi Tuhan, tetapi sumber kekuatan untuk menghadapi kerenah manusia dan kehidupan.

Lalu, apakah lagi yang menghalang seorang hamba untuk pasrah dengan istikharah, selain daripada rasa sombong dan takburnya kepada Ilahi? Kononnya dia serba tahu, bijak, kuat dan mampu menghadapi segala kebuntuan dan kekeliruan. Inilah satu kebodohan yang disepadukan dengan satu kesombongan.

Mengaku kalah dan menyerahlah kepada Allah. Kita hanya hambaNya, pasrahlah dengan Istikharah!

- Ust Pahrol Mohamad Juoi, Solusi (42) –

Teruskan istikharah. Minta kekuatan dan keyakinan dari-Nya untuk membuat pilihan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Keep your faith on Him. :)

No comments:

Post a Comment