Monday, October 14, 2013

Kursus Kejurulatihan Kayak

Part III

-Bismillahirrahmanirrahim-

Hari ketiga (12/10/13)

Seperti hari sebelumnya kursus dimulakan pada jam 9 pagi. Hari ini merupakan hari terakhir saya dan rakan-rakan menyertai kursus kejurulatihan kayak. Tentatif hari ketiga ialah melakukan ekspidisi, ujian akhir iaitu amali ‘slap for support high recovery’ dan ujian teori.

Sesi pagi dimulakan dengan aktiviti ekspidisi merentas Sungai Ibai. Kalau ikut tentatif program, kami perlu berkayak sejauh 10 kilometer. Namun begitu, kami hanya berkayak kurang lebih 3 kilometer sebab faktor cuaca dan kekangan masa. Bagi aktiviti ekspidisi ini saya berpasangan dengan Ashikin a.k.a my lovely roomate. :’)

Kami merupakan pasangan pertama yang tiba di check point yang telah ditetapkan. Jurulatih kami, Hanafi (sebaya dengan kami) sempat mengusik kami berdua, katanya “kamu berdua nampak je kecik, tapi sebenarnya kuat.” Hanya mampu tersenyum bila dengar dia cakap macam tu. Dalam hati berbisik ; “Jangan pandang kami sebelah mata. Kecil2 cili padi taw." Heee~ =D

Berkumpul di check point. Alhamdulillah, kami semua berjaya tiba dengan selamat. :')

Selesai ekspidisi, kami semua berkumpul di pesisir Sungai Ibai untuk mendengar taklimat berkenaan kaedah ‘slap for support high recovery’. Ia merupakan ujian praktikal terakhir yang perlu kami lakukan.

Bagi saya ‘slap for support high recovery’ ini paling mencabar kalau dibandingkan dengan aktiviti lain yang dipelajari sepanjang kursus. Ini kerana, untuk aktiviti ini kami perlu menyendengkan kayak 90 darjah kemudian menterbalikkannya semula ke keadaan asal dengan cara menampar air menggunakan permukaan pendayung. Kena tampar air kuat2, kalau tak susah nak terbalikkan kayak. Huuu~

Bagi latihan ‘slap for support high recovery’, saya dilatih oleh jurulatih berulang kali. Ini bagi memastikan saya betul-betul bersedia untuk melakukannya apabila ujian sebenar diadakan. Selesai latihan, kami dibenarkan rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari.

Menu hari terakhir, nasi minyak. yummy! ^_^

Sesi petang bermula pada jam 3 petang. Waktu inilah kemahiran ‘slap for support high recovery’ diuji. Penilaian dilakukan oleh ketua jurulatih kami iaitu Encik Zul. Bermacam ragam dapat dilihat sepanjang ujian praktikal dilakukan. Ada yang terlampau semangat dan ada juga yang terlampau penat sehingga menangis. Ini kerana terlalu penat setelah mencuba berkali-kali, tetapi tetap tidak berjaya.

Namun dengan sokongan yang tidak putus2 daripada rakan seperjuangan dan para jurulatih, alhamdulillah kami semua berjaya melakukannya. Sesungguhnya tiada daya upaya kami untuk melakukannya melainkan kurnia daripada Allah.

Setelah semua selesai melakukan ujian praktikal ‘slap for support high recovery’, kursus diteruskan dengan pembelajaran berkenaan brek kecemasan. Waktu ini saya dan rakan-rakan diajar bagaimana cara untuk menghentikan kayak apabila berlaku kecemasan atau bagi mengelakkan berlaku perlanggaran.

Bila jam menunjukkan pukul 6 petang, pembelajaran dihentikan dan kami dibenarkan untuk rehat bagi membersihkan diri, solat Asar dan makan malam. Bagi hari ketiga ini kursus dipanjangkan sehingga waktu malam. Ia bagi memberi laluan untuk pelaksanaan ujian teori yang kami pelajari pada hari pertama.

Sesi malam dimulakan pada jam 9. Kami dipersembahkan dengan tayangan-tayangan video sukan kayak antarabangsa. Sangat teruja melihat atlet-atlet yang sangat berkemahiran dalam sukan kayak. Ketika menonton video tersebut, saya sedar apa yang saya pelajari tentang sukan kayak masih terlalu sedikit.

Setelah menonton video, tiba masa untuk saya dan rakan-rakan menduduki ujian teori. Terdapat dua set soalan yang dibekalkan kepada kami iaitu set soalan bintang satu dan set soalan bintang dua. Ujian berjalan lancar dan alhamdulillah sekitar jam 10.30 malam kami selesai menjawab kesemua soalan yang diberikan. :')

Kursus diakhiri dengan sesi bergambar bersama semua jurulatih. Turut diadakan sesi autograf buku oleh Presiden Persatuan Kanu Malaysia Encik Dzulkafli bin Abas merangkap ketua jurulatih sepanjang tiga hari kursus diadakan. Jam 11 malam kami bertolak pulang ke IPG. Sesungguhnya begitu banyak kenangan indah yang terlakar sepanjang kursus. Semoga segala apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan apabila saya menjadi guru kelak. InshaaAllah~

Encik Zul sedang menandatangani buku kami.

Bergambar kenangan bersama jurulatih-jurulatih, rakan sekelas dan pensyarah pembimbing.
Muka semua dah hangus. Huuu~

Alhamdulillah akhirnya habis jugak cerita. Begitulah serba-sedikit perkongsian pengalaman sepanjang 3 hari saya menjalani kursus kayak. Akhir kata, hayati kata-kata ini. 

Satu kayuhan, mampu menggerakkan kayak,
Tersilap kayuhan, pasti akan beralih arah,
KITA adalah pengemudi,
Perlu kental dalam menghadapi UJIAN gelora dan ombak,
Untuk sampai ke DESTINASI yang dituju..

 [Ibrah dari Kursus Kayak]

Keys off, wassalam~

No comments:

Post a Comment