Wednesday, March 12, 2014

Tiada yang kekal, kecuali Dia


بسم الله الرحمن الرحيم


***

"...dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah BERITA GEMBIRA kepada orang-orang yang SABAR." (Al-Baqarah : 155)

Apabila berlaku kehilangan, kita jadi gundah,
Apabila terjadi kekurangan, kita naik marah,
Apabila terdapat kecacatan, kita serba gelisah.

Akan tetapi...

bilamana ada kebahagiaan, kita lupa siapa yang kurniakan,
bilamana ada kelebihan, kita lupa siapa yang berikan,
bilamana ada kecantikan, kita lupa siapa yang anugerahkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semuanya bukan milik kita, hanya kerana 'peluang' yang Dia beri, kita mampu 'merasa' apa adanya saat ini. Namun, di awal-awal lagi, Dia memberi khabaran melalui surat cintaNya al-Baqarah ayat 155. Bahawa, Dia akan mengambil kembali apa yang diberi dengan cara dan kehendakNya sebagai cubaan.

Usah merasa memiliki, kelak kau akan merasa kehilangan. 

Namun, indahnya cara Allah mengambil sesuatu dari kita. Walaupun ada sesuatu yang diambil kembali, namun tetap Dia mengirimkan hadiah hikmah disebaliknya. Ingatlah, setiap sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya walau kematian seekor semut sekalipun. 

Benar, ada berita gembira bagi orang-orang yang SABAR. :')


***

#Usai diuji olehNya dengan sedikit ujian kekurangan harta. Dalam usaha aku menggali hikmah disebalik apa yang berlaku, ku sedari yang tiap ujian yang Dia kirimkan tidak pernah sesekali terlepas dari rasa kasihNya. Allah uji tanda Dia sayang. Muhasabah diri, mungkin barang yang hilang tu menjadi asbab Allah nak bersihkan harta, dan juga sebagai peringatan buat diri agar sentiasa meletakkan segala pergantungan hanya padaNya. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Penjaga dan Pelindung. Hasbunallah wani'mal wakil.

"Barang yang hilang boleh dibeli dan diganti dengan yang baru. Tapi keselamatan dan maruah diri itu yang lebih berharga dan tak boleh ditukar ganti. Syukurlah kakak tak apa-apa. Lepas ni kena lebih hati-hati. Moga sentiasa dalam jagaanNya." -Kalam ibunda tersayang-

"InshaaAllah, terima kasih ummi."

Alhamdulillah3x, Dia titipkan perlindungan buat hambaNya yang lemah ini. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Positiflah dengan setiap apa yang berlaku. Kerana mukmin itu tidak memandang kepada ujian yang diterima, tetapi melihat kepada Pemberi ujian. Lantas, setiap ujian diterimanya dengan redha dan berlapang dada, kerana diimani mustahil Tuhan yang Maha Cinta itu menzalimi. ^_^

10 comments:

  1. Allah takkan Menguji hambanya Melebihi Kemampuannya..Ujian itu tarbiah, Sabar itu Indah..semoga Allah gantikan sesuatu yg lebih baik utk ustazah :)

    ReplyDelete
  2. Heee. Terima kasih cikgu. InshaaAllah, mne la taw kn ada org yg baik hati nk hadiahkn hp bru lps ni. Untung2 dpt iphone. ^_~

    ReplyDelete
  3. wahh..untung gtu..hilang sony, dpt iphone :)

    ReplyDelete
  4. xtaw la nk bli hp ap lps ni. tgok2 bli sony jgk. huuu

    ReplyDelete
  5. lenovo lah...nokia dh ,samsung dh, sony dh, Lenovo la skrg, Iphone upcoming.huuu

    ReplyDelete
  6. Eh tersama pulak. Tadi baru je duk usha2 hp Lenovo ng roomate. =D Nak balik pujuk ayahanda n bonda tersayang. Tapi rasanya beli yang murah2 je la dulu. Nak pakai yang mahal tunggu bila dah kerja nanti. Tapi kalau ada orang yang baik hati nak hadiahkan Iphone saya terima dengan senang hati. Heee ^_~

    ReplyDelete
  7. (Y) .. selamat memilih.. ^_^ ..untung la ramai sponser blk cuti ni

    ReplyDelete
  8. blk nnt k.long kena buat muka sedih dpn umi n abah. rse mcm nk mtk hadiah besday awal je taon ni. heee =D

    ReplyDelete
  9. kate xnak buat muka sedih..huu..kalau nk buat pun sehari je lah peluang..sabtu dh nk pergi :)

    ReplyDelete
  10. sehari yg akan digunakan sebaik mungkin untuk memujuk. =D

    ReplyDelete