Saturday, August 31, 2013

All the best my dear sista!


Alhamdulillah selamat tiba di teratak kesayangan setelah hampir 2 jam memandu tanpa henti. Penat juga jadi driver. Huuu~ 
Tapi bila tengok wajah-wajah kesayangan hati terus hilang penat. Alhamdulillah ya Allah atas kurniaan keluarga yang menenangkan hati ini.

Pabila bahagia dan gembira bersama yang tersayang, jangan dilupakan pula Yang Tersayang. 

Seringkali bila diberi nikmat, kita lupa pada Pemberi nikmat. Bila bahagia, kita lupa pada Pencipta Kebahagiaan. Ketika jatuh cinta, kita lupa memulangkan cinta kepada Dia yang telah menumbuhkan rasa itu. 

Ingatilah Dia dikala senang, nescaya Dia mengingati kita dikala susah. Ingatilah Dia ketika bersendirian dan dalam keramaian, nescaya Dia mengingati kita ketika tiadanya ingatan dari makhluq lain kepada kita. 

Ya Allah, jangan jadikan keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta orang-orang yang kami sayang sebagai ujian yang melalaikan kami dari mengingatiMu, tetapi bahkan menambahkan kesyukuran dan pergantungan kami kepadaMu ketika berinteraksi dengan mereka. Dalam keramaian bersama dengan makhluqMu, semoga hati kami terus akrab denganMu Tuhan! Amin~ 

‪*Kerana aku ingin mencintaiMu lebih dari segala-galanya, dan aku ingin mencintai mereka hanya keranaMu... 


Entri kali ni sebenarnya ditulis khas buat adik tersayang, Nur Nisrin Nabihah. Lepas ni adik dah nak sambung degree, alam belajar yang lebih mencabar pastinya. 

Adik yang nak masuk U, tapi kakak pulak yang berdebar-debar. 

MashaAllah, my little sister has grown up so quickly!

Dear sis, jaga diri baik-baik ye kat USIM tu. It's gonna be a new and exciting journey there. Manfaatkan setiap peluang yang ada, bina diri semaksima mungkin. Aim high, don't lose focus, yet enjoy your university life.

You gonna succeed and be someone awesome in the future, inshaaAllah! When you feel alone, remember that Allah is always by your side ukhti habibtee. Siiru ala barakatillah. =)

*Nanti mesti rindu nak story-mory dengan adik. Tapi takpe la, walaupun jauh di mata tetap dekat di hati. ^^ 

No comments:

Post a Comment