Sunday, August 4, 2013

Tenanglah Hati~

Hawa,


Jangan rendahkan maruahmu dengan begitu mudah menyerah kepada lelaki. Dalam lembutmu perlu ada tegasnya, dalam ramahmu pertahankan prinsip. Jangan sesekali kalah dengan perasaan!

Adam,


Jangan calarkan kredibilitimu dengan memujuk rayu sang hawa. Jika benar-benar lelaki sejati, terus saja ketemu walinya. Gagahlah dalam mengurus perasaanmu, jangan mudah lembik hanya kerana seorang wanita!

Ramadhan bulan mendidik nafsu dan jiwa. Tundukkan hatimu, ajar ia untuk mengutamakan Cinta kepada segala cinta. Jika tidak mencintai Allah, bagaimana mahu bercinta kerana Allah?

Serahkanlah soal cinta dan masa depanmu kepada Allah. Usah khuatir, jika engkau lelaki yang soleh, pasti Allah akan kirimkan si bidadari yang solehah buatmu kelak. Jika engkau wanita yang solehah, pasti Allah akan menghadiahkanmu dengan sang Imam yang soleh nanti. (An-Nur : 26)

Masihkah ragu-ragu lagi dengan janji Tuhanmu?

No comments:

Post a Comment