Thursday, August 8, 2013

Raya Aidilfitri 1434H~

In the name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk menyambut lebaran pada tahun ini. Entry kali ni nak cerita sikit pasal aktiviti raya tahun ni. Pagi tadi, selesai je solat sunat hari raya kat surau semua berkumpul di rumah untuk sesi bersalam-salaman dengan ummi dan abah. Yang ni memang aktiviti wajib la tiap-tiap tahun. Paling seronok bila abah dan ummi bagi duit raya. wink *_~


Dah habis sesi minta maaf dengan ummi dan abah, kami semua keluar beraya. Rumah pertama yang diziarah, rumah Tok Wan Hamzah @ jiran depan rumah. :) Macam biasa pelbagai jenis makanan dihidangkan. Nak2 bila tengok rombongan kami yang ramai ni, 8 lelaki + 5 perempuan = 13. ^^ Tak sempat masuk rumah lagi anak tok wan dah amik gambar kami. Excited sangat kot tengok ramai-ramai pakai baju warna sama. ^_^

Selesai raya rumah tok wan, terus bertolak balik kampung abah kat Pulau Gajah, Sabak. Kampung abah dekat je, dalam 15-20 minit perjalanan dah sampai. Tiba di rumah nenek, kami semua terus ke kubur. Datuk dan nenek dua-dua dah takde. Di hari raya yang mulia ini hanya doa yang dapat kami kirimkan. Semoga che dan mok ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga kita dapat berkumpul lagi di syurga kelak. InshaaAllah. Al-fatihah buat che dan mok.

Next, beraya di rumah saudara-mara sebelah abah. Rumah pertama yang dituju, moksu & ayah su's house. Salam-salam makan-makan dan borak-borak kejap, then terus gerak ke rumah ayah Leh. Sampai je, saya dan adik terus pergi ke sungai belakang rumah. Suka sangat bergambar kat situ. Tapi raya kali ni kami posing berdua je la. Yang lain semangat sangat nak makan nasi kerabu, terus naik rumah ayah Leh.

Hero-hero yang semangat beraya. :)
Lebih kurang pukul 1, kami bergerak ke kampung ummi di Kampung Laut, Tumpat. Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan. Sejam kemudian dah sampai kampung ummi. Memandangkan datuk dan nenek dah takde, jadi rumah pakcik2 dan makcik2 la yang diziarah. 1st, beraya kat rumah abang sulung ummi, pak cik Him. Semua anak-anak pak cik Him ada kecuali kak long. Biasa la orang dah kawin, kena gilir-gilir. ;) Next, rumah mak cik Sah, rumah ayah Mad dan akhir sekali rumah ayah Ya. Seronok sangat tiap kali raya. Dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa. Semua dah makin hensem dan cantik. 


Gwiyomi raya.
Penutup, beraya rumah sepupu kat geting. Jauh perjalanan, luas pemandangan. ^^ Memang sedap sangat menu raya kat rumah sepupu ni, sebab lain dari yang lain. Ada laksa penang & klate, bihun sup, sate dan nasi himpit. Paling best bila makan bihun sup. Rasa nak tambah je bila makan, tapi apakan daya perut dah penuh. Rumah terakhir dah kan. ;) 


Panjang entry kali ni, semangat sangat bercerita. Raya tahun depan inshaaAllah bertambah sorang lagi AHF's Family. Panjang umur boleh la corat-coret tentang majlis walimah abang long pula. inshaaAllah~ :)

Dalam keriangan kita menyambut lebaran, jangan dilupakan para mujahideen yang sedang berjuang di Syria, Palestin dan lain-lain tempat. Terus tembak doa untuk mereka. Semoga kemenangan akan berpihak kepada Islam. Allahummansuril mujahideen fi kulli makan. Amin ya Robb.

No comments:

Post a Comment