Tuesday, August 13, 2013

Kahwin Muda???

Kalau dulu rasa cemburu dan tergugat juga bila dapat jemputan walimah dari rakan-rakan, tapi sekarang dah tak rasa apa dah, malah tumpang gembira, cuma agak terkilan bila tak dapat turut sama meraikan hari bahagia sahabat. Walau apa pun doaku sentiasa mengiringi langkahmu sahabat. Semoga bahtera rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke syurgaNya. Amin~

Prioriti setiap orang berbeza-beza : Ada yang menikah di usia muda, dan keadaan itu baik baginya kerana kesediaan dari segi rohani, emosi dan fizikalnya sudah mencukupi. Tetapi ada yang memerlukan masa yang lebih lama, untuk menyediakan diri dan melunaskan tanggungjawab-tanggungjawab lain sebelum dibebankan dengan tanggungjawab baru yang lebih berat.

Allah lebih tahu yang terbaik untuk hambaNya, jadi usah cemburu dengan keadaan insan lain, tetapi berusahalah untuk mencorak kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat dengan usaha, doa dan tawakkal.


Apa-apa pun, semoga kita semua sentiasa ingat bahawa jodoh dengan manusia di dunia ini belum pasti, namun jodoh dengan kematian dan pertemuan dengan Allah adalah pasti. Cinta manusia itu wasilah, cinta Allah itu matlamat.

Semoga kita tetap teguh beramal untuk dijadikan bekal bertemu denganNya kelak, in shaa Allah. :)


Kau Pemilik Cinta 

Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya 
Peneman menuju syurga...

Oh pemilik hati
Sungguh kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari.

Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasihMu Ilahi...

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya 
Peneman menuju syurga...

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi.

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernah ku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya di syurgaMu...

Majlis akad nikah abang. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan hingga ke syurgaNya. Barakallahulakum.

No comments:

Post a Comment